Thursday, August 28, 2014

Proses detoksifikasi organ dalaman semasa tidur

Para doktor di Hospital National Taiwan telah membuat penemuan terbaru iaitu penyebab utama kerosakan hati (hepa) adalah tidur terlalu lewat dan bangun juga lewat siang. Ini kerana detoksifikasi pelbagai organ dalam tubuh berlaku di hati adalah pada waktu malam semasa tidur.
Bagi melicinkan proses detoksifikasi pelbagai organ, kita hendaklah tidur pada waktu-waktu berikut:
* Jangan lewat tidur dari pukul 10 malam kerana antara pukul 11 malam hingga 1 pagi berlakunya proses detoksifikasi di bahagian hati (hepa), perlu dalam keadaan tidur nyenyak.
* Pukul 1 hingga 3 pagi: Proses detoksifikasi di bahagian hempedu, juga memerlukan keadaan tidur.
* Pukul 3 hingga 5 pagi: Proses detoksifikasi di bahagian paru-paru.
* Pukul 5 hingga 7 pagi: Proses detoksifikasi di bahagian usus besar, sebaik-baiknya buang air besar pada waktu ini.
* Pukul 7 hingga 9 pagi: Proses penyerapan gizi/zat makanan di usus kecil, oleh itu sarapan pagi diperlukan pada waktu ini.
* Waktu tengah malam sehingga dini hari (pukul 4 pagi): Sum-sum tulang belakang menghasilkan darah.
Bangun tidur terlalu lewat sehingga matahari naik akan mengganggu metabolisme badan.
Oleh itu, jagalah masa tidur anda secukupnya supaya bersesuaian dengan proses detoksifikasi pelbagai organ dalam badan. Waktu tidur yang paling baik setiap hari ialah di antara pukul 10 malam hingga 5 pagi.

liver-detox-lg

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...