Friday, April 17, 2015

10 Kesilapan Yang Mesti Dielakkan Sebagai Pelabur Hartanah

Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang hartanah, kita perlu ingat bahawa bidang ini memerlukan komitmen kewangan yang besar. Bukan main-main. Dengan perancangan dan pelan tindakan yang berhati-hati, ia akan memberikan pulangan yang baik. Tetapi, jika silap membuat percaturan, anda boleh kerugian ribuan malah ratusan ribu ringgit.
Pelabur Hartanah

10 KESILAPAN YANG MESTI DIELAKKAN SEBAGAI PELABUR HARTANAH

#1 – BOLEH CEPAT KAYA DENGAN MELABUR DALAM HARTANAH

Ramai pelabur-pelabur baru beranggapan dengan melabur dalam hartanah boleh jadi cepat kaya. Dengan buat satu big deal boleh jadikan mereka seorang jutawan hartanah segera. Kalau macam itu, sudah ramai jadi jutawan. Saya boleh katakan, melabur dalam hartanah sebenarnya berisiko besar. Tetapi risiko yang boleh kita kawal. Bagaimana? Jika kita tahu pasaran hartanah, mempunyai kesabaran yang tinggi dan mungkin, mempunyai simpanan yang memadai untuk melabur dalam hartanah.

#2 – MEMBELI TANPA PERANCANGAN

Jangan beli hartanah jika kita tidak tahu, apa nak buat dengan rumah/ apartmen yang kita beli. Saja ikut kawan. Saja beli sebab harga murah. Bijak! Sebelum membeli, pastikan kita mempunyai perancangan yang jelas dengan hartanah terbabit. Hendak sewakan/ duduk sendiri? Berapa sewa? Berapa installment bulanan? Bagaimana membayarnya? Bila mahu jual? Adakah ini pelaburan untuk tabung pelajaran anak-anak? Adakah untuk pencen? Sampai bila mahu simpan hartanah ini? Banyak persoalan yang harus ditanya sebelum membeli.
Dengan strategi dan matlamat pelaburan yang jelas, anda akan mengurangkan risiko dan memastikan pembelian anda menguntungkan.

#3 – TIADA BAJET YANG MENCUKUPI

Terlalu berani membeli hartanah luar dari kemampuan. Ramai orang baru yang terperangkap, ingatkan beli rumah hanya sediakan 10% sahaja. Jika rumah RM400,000, maka dengan ada simpanan RM40,000 sudah mencukupi. Perlu diingat, kita perlu juga bahawa kita kena sediakan juga bajet untuk Stamp duty dan Legal Fees untuk SPA (Sales Purchase Agreement). Ini pun lebih kurang RM10,250.  Mungkin untuk jumlah loan agreement boleh disekalikan dalam pinjaman perumahan.

#4 – TIDAK TAHU PASARAN HARTANAH

Sebagai pelabur hartanah, kita perlu tahu pasaran hartanah, jenis rumah, kawasan dan segmen pelanggan. Setiap jenis hartanah mempunyai karakteristik yang berbeza. Nak beli terus dari pemaju? Hartanah sekunder? Semua faktor ini akan mempengaruhi nilai hartanah, nilai sewaan dan kebolehan untuk dipasarkan.

#5 – KURANG BUAT KAJIAN

Walaupun ramai yang gesa kita untuk membeli sesuatu hartanah. Ingat! Ini duit kita. Duit yang kita cari dengan titik peluh sendiri. Ambil masa dan buat kajian. Jangan ambil bulat-bulat apa salesman kata. Lihat di website, forum, surat khabar, tanya kepada coach-coach hartanah tentang pandangan mereka. Antara maklumat yang perlu anda tahu, siapa pemaju dan track record, keadaan pasaran sekarang, kemudahan sekeliling dan projek-projek lain sekitarnya.

#6 – KURANG MENGAMBIL BERAT SEMASA SITE INSPECTION

Keadaan sesuatu hartanah akan menentukan nilai jualan hartanah terbabit, lebih-lebih lagi untuk hartanah sub-sales. Kadang-kadang, ada pembeli yang cuma periksa ala kadar sebelum membeli hartanah. Selepas dapat kunci, barulah perasaan, yang mereka perlukan bajet extra untuk membaiki kerosakkan.

#7 – TIDAK MEMPUYAI ANALISA TERPERINCI.

Jangan fokus hanya satu listing sahaja. Buat analisa lebih dari 1 hartanah yang sama. Paling kurang 3 hartanah dikawasan yang sama. Kumpulkan maklumat untuk ketiga-tiga hartanah terbabit dan pilih yang terbaik.

#8 – HARTANAH MURAH TIDAK SEMESTINYA HARTANAH TERBAIK UNTUK BELI.

Ramai pelabur baru yang beranggapan mereka boleh dapat keuntungan cepat dengan membeli hartanah yang murah. Jangan terus membeli. Periksa latarbelakang hartanah terbabit. Lokasinya. kejiranannya, yang mana ianya akan mempengaruhi faktor masa dan nilai jualan nanti. Mungkin ada hantu.. erk!

#9 – SENTIASA SEMAK ATAU BUAT PERANCANGAN MENGENAI PORTFOLIO PELABURAN HARTANAH ANDA.

Pasaran hartanah sentiasa berubah dipengaruhi oleh ekonomi semasa. Untuk maksimumkan keuntungan dalam pelaburan hartanah anda, pastikan anda periksa porfolio pelaburan anda sekerap mungkin.

#10 – JADI SUPERMAN.

Semua nak buat sendiri. Untuk berjaya dalam pelaburan hartanah, anda mesti berkawan baik dengan agen, lawyer, banker, valuer, kontraktor atau sesiapa yang terlibat dalam hartanah. Mereka ini akan membantu kita untuk maksimumkan keuntungan atas pelaburan kita.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...