Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Saturday, March 23, 2019

Semua Dihujung Jari, Anda Kini Boleh Buat Tabung Haji Anak Melalui Online Sahaja

Tabung Haji merupakan sebuah bank pilihan ramai. Bukan sahaja boleh menyimpan duit tapi Tabung Haji juga menyediakan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan haji dan sebagainya. Malah, rata-rata pengguna memilih Tabung Haji kerana keyakinan yang tinggi akan ke-halal-an produknya.
Seorang pengguna di facebook yang dikenali sebagai Anisah Mat Ali telah berkongsi akan cara-cara untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank anda. Tak perlu pergi ke bank pun dan boleh dibuat melalui mesin ATM je. Mudah dan pantas.

Langkah 1

ini cara untuk link-kan akaun tabung haji dengan kad maybank anda

Langkah 2

ini cara untuk link-kan akaun tabung haji dengan kad maybank anda

Langkah 3

ini cara untuk link-kan akaun tabung haji dengan kad maybank anda

Langkah 4

ini cara untuk link-kan akaun tabung haji dengan kad maybank anda

Langkah 5

ini cara untuk link-kan akaun tabung haji dengan kad maybank anda
Sumber: Siakap Keli dan Facebook Anisah Mat Ali

Monday, January 21, 2019

Tahukah Anda Dengan Melabur Di ASNB, Anda Boleh ‘Ternak’ Duit?

Kredit gambar utama: Shutterstock

Related image
Siapa yang tidak mahu ada lebihan duit setiap bulan atau setidaknya ada simpanan kecemasan waktu kita benar-benar memerlukannya. Tetapi biasalah, bila duit dah di depan mata sekejap sahaja habis, kan?
Memang tiada jalan mudah untuk mengecapi kesenangan, tetapi tiada yang mustahil jika kita tahu ‘lubuk’ atau kaedah terbaik untuk ‘ternak’ duit. Salah satu daripadanya adalah dengan melabur dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ada banyak sebab kenapa produk-produk ASNB seperti ASB, ASN, ASW 2020 dan ASD adalah antara pelaburan terbaik, kurang risiko untuk ‘ternak’ duit.
#1 Modal kecil serendah RM10, dan anda dapat pulangan setiap tahun. Sebagai contoh, menurut data yang diambil daripada website rasmi ASNB, pulangan ASB pada tahun 2015 adalah sebanyak 7.25%, pada 2016 pula 6.75% dan 7.00% pada tahun 2017. Memang berbaloi, kan?
#2 Semakin besar pelaburan dan semakin lama anda melabur semakin banyaklah pulangan yang boleh diharapkan. Dividen dan bonus ASNB juga dikecualikan daripada cukai.
#3 Walaupun dinamakan pelaburan, tetapi anda boleh keluarkan wang yang dilaburkan pada bila-bila masa yang dikehendaki pada waktu bekerja. Simpanan ‘cair’ ini penting terutama ketika kita dalam keadaan kecemasan dan memerlukan wang segera.
#4 Kos operasinya rendah kerana tiada yuran pengurusan. Jumlah pelaburan maksima pula sehingga 2,000,000 unit untuk semua akaun kecuali ASB/ASB 2, dengan nilai pelaburan terhad kepada 200,000 unit.
#5 Anda boleh tambah pelaburan pada bila-bila masa dengan harga tetap serendah RM1 seunit dengan menggunakan perbankan internet Maybank2u atau ATM Maybank.  

Lebih menarik, Maybank merupakan satu-satunya bank yang menyediakan perkhidmatan menyemak baki serta tambah nilai ASNB di ATM atau pun secara dalam talian di Maybank2u! Semakan dan pemindahan ini pula berdasarkan real time processing dan tidak terhad kepada waktu operasi bank. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa!
tahukah anda dengan melabur di asnb, anda boleh ‘ternak’ duit? 
Kredit: Shutterstock

Dan sebagai pengenalan kepada perkhidmatan baru yang disediakan, Maybank turut menjalankan promosi yang memberi anda unit amanah apabila anda tambah pelaburan melalui Maybank2U atau ATM Maybank.
tahukah anda dengan melabur di asnb, anda boleh ‘ternak’ duit?
Mulai 18 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019, jadilah antara 1,000 pemenang yang tambah pelaburan ASNB sekurang-kurangnya RM100 melalui M2U atau ATM Maybank untuk peluang memenangi unit-unit amanah ASNB. Setiap transaksi ke 1,000, anda akan diberikan RM50 unit amanah ASNB ke dalam unit amanah yang sama. Dan lebih menarik lagi, seorang pemegang unit saham boleh menang lebih dari sekali.
20 Pelanggan sedia ada bertuah yang melanggan unit amanah baru sepanjang tempoh kempen dan tambah pelaburan melalui salah satu daripada saluran akan diberi ganjaran RM500 unit amanah ASNB! Layari Maybank untuk info lanjut.

Saturday, August 5, 2017

Risiko membeli lot lidi


Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian
May 25 · 
RISIKO MEMBELI LOT LIDI



Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pentadbir-Pentadbir Tanah ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi. Anda boleh membaca tulisan-tulisan di internet tentang risiko pembelian lot lidi ini dan kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan adalah benar belaka. Risiko ini mungkin tidak berlaku pada masa sekarang, tetapi percayalah ianya akan berbangkit pada masa hadapan. Secara ringkasnya, risiko-risiko yang perlu dihadapi adalah seperti berikut :-

1. NAMA TIADA DALAM GERAN
Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Seperti yang pernah disebutkan di dalam artikel sebelum ini, geran adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam geran, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

2. SUKAR UNTUK BERJUAL BELI 
Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

3. KESALAHAN LANGGAR SYARAT TANAH 
Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

4. TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN
Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

5. TANAH TIDAK BOLEH DIWARISKAN JIKA ADA KEMATIAN 
Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

6. PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA 
Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI:-
1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual. 
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa. 
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang. 
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan. 
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia. 
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah. 
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.

KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada rakyat yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.

Kata kunci :-
Lot Lidi : Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.
Pemegang Amanah : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran. 
Surat Pemegang Amanah : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah. 
Pesaka : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

Sumber : Carigold.com

Sunday, July 30, 2017

Monday, August 8, 2016

Cari Duit Lebih Dengan PTPTN

 
 
Aku baru terbaca tentang yang PTPTN sedang memberi peluang kepada sesiapa yang berumur 18 tahun keatas untuk buat duit dengan memasarkan produk SSPN-i Plus dari PTPTN sebagai Affiliate.

Sebagai affiliate yang dikenali sebagai RNA ( Rakan Niaga Affiliate ), kita akan menerima 15% komisen sekali sahaja dari setiap jualan yang kita buat. Komisen ini dibayar berdasarkan kepada pembayaran pemulaan sahaja yang dibuat oleh pelanggan.

Kita juga boleh menaikan taraf kita ke EPO ( Ejen Pemasaran Online ) . EPO mendapat komisen yang lebih lumayan 25% untuk bayaran pertama dan diikuti 0.25% setiap bulan berikutnya selepas itu sehingga 24  bulan.

Untuk layak ke EPO, kita hendaklah menghadiri kursus EPO yang dianjurkan oleh PTPTN.  Bagi sesiapa yang mempunyai  Pepereksaan Asas Takaful atau TBE boleh diterima terus menjadi EPO.

Aku melihat program affiliate PTPTN in sebagai satu peluang untuk kita menjana pendapatan kita. Tambahan pula masyarakat sudah kenal apa itu PTPTN dan aku rasa orang ramai dapat menerimanya.

Selain dari memasarkan produk ini secara online, seorang EPO itu dibolehkan memasarkan produk ini secara offline atau secara bersekemuka dengan pelanggan. Peluang ini hanya diberi kepada EPO sahaja, tidak RNA. Jika seorang RNA nak jadi seorang EPO, senang saja naikan tarf diri ke EPO.

Tunggu apa lagi, mai kita pakat buat. Manalah tahu, kalau-kalau rezeki nak bertambah dalam bidang ini. Rezeki kita tidak ada siapa yang tahu, cuma Allah yang maha mengetahui.
 
Berminat? Whatsapp atau SMS saya segera 0192595019

Wednesday, August 3, 2016

Daftar SSPN-i Plus Online - Untuk masa depan anak anda.‎

Apakah itu SSPN i – Plus ?

SSPN i – Plus merupakan satu skim terbaru dari PTPTN dengan instrument simpanan serta perlindungan takaful  . SSPN i – Plus juga adalah produk yang dinaik taraf dari SSPN -i dengan penambahan bayaran takaful yang murah dan komprehensif .

Sangat mudah untuk pencarum memantau akaun kerana semuanya boleh di akses melalui atas talian seperti melihat baki serta menambah caruman ke akaun masing-masing tanpa perlu pergi ke bank .

Kalau semua pembaca sekalian tak sabar nak tahu apakah kelebihan sspn i- plus dan plan-plan serta pakej yang ditawarkan … apa tunggu lagi ?

Jom scroll down dan ketahui apakah keistimewaan SSPN i – Plus sehingga korang akan rasa rugi kalau setakat tengok tapi tak bertindak.


BUKA AKAUN
1. Keistimewaan SSPN i – Plus



2. Pelan Simpanan ( Pakej ) SSPN i – Plus



3. Kelayakan SSPN i – Plus




4. Pengeluaran Dan Penutupan Akaun SSPN i – Plus


5. Tempoh Menunggu Tuntutan Manfaat Takaful SSPN i – Plus


6. Pelepasan Dan Taksiran Cukai 


7. Cabutan WOW SSPN i – Plus ( sehingga 31 Mei 2016 )



Friday, April 17, 2015

Tips Memohon Pinjaman Perumahan Cara Luar Biasa!

Tips memohon Pinjaman Perumahan cara luar biasa
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi satu tips iaitu tips memohon pinjaman perumahan dengan cara yang luar biasa.
Selalunya, apabila memohon pinjaman perumahan, anda hanya beri kepada banker apa yang banker mahukan. Lepas, beberapa hari, banker tersebut akan call anda dan meminta dokumen tambahan untuk menguatkan profil pinjaman anda. Pernahkah ianya terjadi pada anda?
Jadi ikuti, langkah-langkah yang saya untuk membuatkan banker anda terkesima apabila memohon pinjaman perumahan anda.

TIPS MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN CARA LUAR BIASA!

Antara dokumen yang perlu ada semasa memohon pinjaman perumahan ialah:
  1. Profil Peribadi peminjam (akan saya terangkan lebih lanjut di bawah nanti)
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Offer to Purchase (untuk pembelian Subsales) atau Sales Form dan Receipt(untuk pembelian hartanah projek)
  4. Salinan penyata gaji untuk 6 bulan (Pendapatan Agresif)
  5. Salinan penyata bank (yang mana digunakan untuk transaksi penggajian)
  6. Salinan dokumen yang berkaitan dengan pendapatan pasif, pendapatan portfolio
  7. Salinan penyata bank atau buku simpanan (bagi membuktikan transaksi pendapatan-pendapatan lain)
  8. Salinan CCRIS – perlu dibuat review
  9. Dokumen sokongan lain, jika anda telah membuat pembayaran penuh sesuatu komitmen tetapi masih lagi disenaraikan dalam CCRIS
  10. Salinan semua jenis simpanan, FD yang anda ada.
  11. Salinan dokumen untuk insurans atau perlindungan harta – kepercayaan bank bahawa peminjam terlindung dengan insurans.
  12. Salinan Penyata Cukai dan resit pembayaran.

PROFIL PERIBADI PEMINJAM

Tips memohon Pinjaman Perumahan Cara Luar Biasa
Butir-butir peribadi. Eik, nak kena letak gambar ke? Kata luar biasa. Mana pernah orang apply loan letak gambar yang hensem. Pandangan pertama sahaja, banker sudah terpaut untuk menyemak profil kita secara tak lansung mempercepatkan proses pinjaman perumahan kita.
Cuba bayangkan, jika seorang banker terpaksa menguruskan lebih 5o pinjaman sehari dan cara pinjaman hampir serupa, tambahan pula banyak kerja yang banker terpaksa buat.
Dengan cara ini, kita akan mememudahkan banker untuk mencari maklumat disamping dapat berkenalan dengan si peminjam.
Tips Memohon Pinjaman Perumahan Cara Luar Biasa!
Kemudian, senaraikan pendapatan yang anda perolehi dari pelbagai sumber dan dapatkan jumlah keseluruhan pendapatan.
  1. Pendapatan Agresif – bergaji dan mempunyai penyata gaji
  2. Pendapatan pasif – dari sewaan hartanah
  3. Pendapatan bisnes – ada pendapatan sampingan dari bisnes kecil-kecilan. Bank akan ambil 70% daripada jumlah sebagai pendapatan tambahan.
  4. Pendapatan portfolio – dari dividen, bonus amanah saham, simpanan dan sebagainya. Bagaimana pengiraannya? Klik di sini.
Jika anda perhatikan, di setiap maklumat pendapatan ada ruang “NOTE”, di mana anda akan gunakan untuk memberitahu banker di mana letaknya dokumen sokongan untuk pendapatan ini sebagai contoh di Green Index – Aggressive Income.
Tips Memoohon Pinjaman - index divider
Tips: Gunakan Index divider bagi memudahkan banker mencari dokumen dan maklumat berkaitan. ‘Binding’kan ke semua maklumat seperti gambar paling atas.
Tips memohon Pinjaman Perumahan cara luar biasa
Semak CCRIS anda dan senaraikan satu persatu. Ia nampak lebih jelas dan teratur. Kirakan jumlah Debt Burden Ratio (DBR) terkini. Nampak tak beza apabila anda buat profil ini. Anda akan dapat pastikan samada anda boleh lulus pinjaman atau tidak. Anda sendiri tahu kemampuan anda.
DBR : Jumlah Liabiliti / Jumlah Pendapatan Bersih x 100% 
Satu lagi, anda memudahkan banker dalam pengiraan DBR. Mereka hanya perlu menyemak. Segalanya anda sudah sediakan segala maklumat untuk mereka.
Senaraikan juga, segala simpanan yang anda ada bagi menguatkan lagi profil anda untuk meminjam. Lagi tinggi nilai yang anda ingin pinjam, semakin terperinci segala maklumat yang perlu anda beri.
Tips memohon Pinjaman Perumahan cara luar biasa
Jangan lupa juga untuk menyenaraikan insurans yang anda ada. Mungkin ianya tidak mempunyai pemberat untuk kelulusan pinjaman, tetapi ianya merupakan isyarat kepada bank bahawa anda tahu merancang kewangan dan mempunyai perlindungan sekiranya apa-apa terjadi pada anda.
Di ruangan Property To Purchase; nyatakan nama hartanah yang anda beli dan tujuan pembelian ada.
Financing, jenis pinjaman yang anda inginkan. Antara jenis-jenis pinjaman (ikut bank) :-
  1. Pinjaman Konvensional
  2. Pinjaman Semi-Flexi
  3. Pinjaman Flexi
  4. Islamic Loan
Anda boleh tulis ikut kehendak anda tetapi bersesuaian dengan situasi semasa dan produk bank yang ditawarkan. Contoh ;-
90% & no lock in period for 35 years and Islamic Flexi Loan with interest rate 4.5%
Loan To Value, jika anda belum ada atau hanya anda satu rumahmargin of finance anda masih 90%.
Loan to Value : MOF x Purchase Price
Dapatkan Monthly Installment menggunakan Financial calculator ataupun anda boleh menggunakan iMoney untuk mendapatkan anggaran bayaran bulanan.
Front End DBR
(Bayaran Bulanan Baru / Jumlah pendapatan Bersih) X 100% ≤ 33%
Back End DBR
[(Bayaran Bulanan Komitmen Baru + Jumlah Liabilit)/ Jumlah Pendapatan Bersih] X 100% < 70% 
Protection
Apakah cara anda melindungi hartanah yang bakal anda beli? MRTA atau MRTT. Berapa tahun? Adakah anda ingin bayar berasingan atau diserapkan di dalam jumlah pinjaman.
How To pay Monthly Installment
Nyatakan kepada pihak bank bagaimana cara anda membayar bayaran bulanan sekirannya pinjaman anda diluluskan. Tunjukkan kepada bank bahawa anda berkemampuan untuk membayar installment bulanan berdasarkan pengiraan DBR dan rekod CCRIS anda yang bersih.
Why I Choose This Property
Nyatakan sebab kenapa anda membeli hartanah ini. Jika ianya di dalam radius lokasi yang terbaik, permohonan lagi mudah untuk diluluskan. Jika hartanah di lokasi yang kurang maju, anda perlu terangkan kepada pihak bank, potensi yang anda nampak di kawasan terbabit.

 KESIMPULAN

Rahsia bagaimana pelabur tegar hartanah memohon pinjaman perumahan telah dibongkarkan. Jadi tiada lagi rahsia di antara kita. Hehe. Apa saya harap lepas ini, ramai client saya akan menghantar permohonan pinjaman dengan cara ini. Lengkap, padat, tepat, cepat dan tuntas. Mudah kerja saya dan banker saya.
Saya percaya, jika anda menghantar permohonan sebegini rupa ianya sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang besar terhadap proses kelulusan pinjaman anda.
Selamat mencuba!

Di manakah Lokasi Pelaburan Hartanah yang Terbaik?

Lokasi pelaburan hartanah yang terbaik
Saya boleh katakan, inilah soalan cepu emas yang saya dapat apabila saya memperkenalkan diri. Di manakah lokasi pelaburan hartanah yang terbaik?  
Sesungguhnya apabila saya diajukan soalan begini, ada sedikit tergamam. Bukan tidak tahu hendak menjawab. Tetapi takut beri salah jawapan kepada si penanya.
Umumnya, lokasi pelaburan hartanah yang terbaik berbeza-beza mengikut profil kewangan masing-masing. Kalau dalam sesi coaching, bolehlah saya bertanya secara terperinci latar belakang si penanya. Berapa gaji? Komitmen? Wang simpanan? kemampuan dari segi kewangan dan pinjaman? Tinggal di mana? Banyak aspek yang perlu kita perhalusi sebelum kita dapat tahu di manakah lokasi pelaburan hartanah yang sesuai dengan kita.
Sesuai dengan kita, maksudnya yang terbaiklah untuk kita, bukan? Macam pilih calon isteri. Erk..

JANGAN CARI HOT SPOTS!

Selain lokasi yang terbaik, orang sering kaitkan dengan lokasi hot spots. 
  1. Jangan terlalu percaya kepada hot spots. Sesuatu lokasi boleh jadi ‘panas’ disebabkan spekulasi oleh pelbagai pihak dan kemudian ‘sejuk’ macam tiada apa-apa berlaku. Buat pelaburan di lokasi yang akan memberikan perningkatan modal jangka panjang dengan konsisten.
  2. Jangan ikut orang. Apabila orang cakap sini akan bakal menjadi hot spot, ramai-ramai meluru beli di sana. Selalunya peratusan kesilapan amatlah tinggi.
    Herd Mentality
  3. Anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk membeli di kawasan yang bakal dikatakan hot spots. Bila anda terbeli awal, anda terpaksa menangung beberapa tahu sehingga kawasan sekeliling membangun. Apabila anda beli lambat, harga pula sudah melambung tinggi. Buat kira-kira dan kajian.
  4. Mencari hot spot baru selalunya segala maklumat yang kita dapat adalah berdasarkan pendapat dan bukannya fakta. Perlu berhati-hati.
  5. Hot spots – dekat dengan KLCC. Cukup infra. Tetapi terlalu mahal dan kadang-kadang tidak masuk dek akal.

Lokasi pelaburan hartanahLOKASI PELABURAN HARTANAH YANG TERBAIK

  1. Pilih di kawasan yang sedang membangun. Lihat gambar di atas. Lihat anak panah yang menunjukkan pergerakan kawasan yang sedang membangun.
  2. Boleh dapat membeli hartanah dengan harga yang berpatutan tetapi lebih nilai dari segi aliran tunai dan peningkatan modal
  3. Anda perlu tahu permintaan di kawasan terbabit. Kemudahan yang disediakan. 2 aspek yang perlu anda lihat ialah penduduk dan perniagaan sekeliling. Adakah bertambah dari tahun ke tahun ataupun suam-suam kuku sahaja.
  4. Kesesakan lalu lintas – masalah dan peluang. Ini menandakan penduduk dan perniagaan sudah bertambah.

KESIMPULAN

  • Beli hartanah bawah dari harga pasaran
  • Cari hartanah yang sesuai dengan profil kewangan
  • Cari hartanah di kawasan yang sedang berkembang dan mempunyai peningkatan harga, ada cash flow, boleh dijual dan boleh disewakan dengan cepat.
  • Cari lokasi yang mempunyai kemudahan yang unik di sekeliling seperti pusat membeli belah, taman tema, pusat kesihatan dan hub pendidikan.
  • Jangan abaikan hartanah subsales.
Di manakah lokasi pelaburan hartanah yang terbaik?  
Jika anda sudah baca artikel di atas, anda semestinya boleh menjawab soalan itu sendiri. Tak puas hati lagi, baca artikel rakan saya, Tuan Azri.

Sumber

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...