Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Cara Menjual Di Shopee

Cara Menjual Di Shopee
Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.
Advertisements

Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.
Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:

Cara Menjual Di Shopee

1.Pendaftaran Shopee

a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my
b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)
c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up
d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?
Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.

2. Menetapkan maklumat kedai anda

a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)
b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.
c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini
Cara menjual di Shopee
d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.
Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.

3. Cara Memasukkan Produk

a) Klik di bahagian Seller Centre
b) Klik pada My Products
c) Klik Add a New Product
d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.
e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.
panduan shopee
f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong
g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.
h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.
i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.
Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee
InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.
Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!

Kredit : eezwanmanaf

Saturday, October 20, 2018

KENALI NENAS MD2



NENAS MD2 merupakan satu varieti nenas atau nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik dan juga eksport di Malaysia. Varieti nenas MD2 ini telah didaftarkan dengan Plant Pariety Listing di Jabatan Pertanian dengan nombor AC9. Nenas MD2 telah didaftarkan dengan nama 'Varieti MD2' pada tahun 2013. Terdapat 8 varieti nenas lain yang telah didaftarkan sehingga kini iaitu Nenas Morris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7) dan Nenas N36 (AC8). Nenas atau Nanas (Ananas comosus)merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae. Daripada seluas 15,561 hektar tanaman nenas yang ditanam di Malaysia pada tahun 2016 dilaporkan seluas 1,743 hektar adalah terdiri daripada jenis nenas MD2. Anggaran pengeluaran nenas MD2 pad tahun 2016 adalah sebanyak 38,762 metrik tan yang bernilai sekitar RM116 juta (Sumber: Laporan Tahunan LPNM, Malaysia 2016). Jumlah pengeluaran nenas negara pada tahun 2016 pula adalah sebanyak 391,714 mt yang bernilai sekitar RM515.34 juta dan ini bermakna sumbangan nenas MD2 dalam jumlah pengeluaran nenas negara sekitar 10% pada waktu ini. Program penanaman nenas MD2 terus dipergiatkan melalui beberapa program dengan sasaran untuk menambah lagi keluasan sehingga melebihi lebih dari 50% daripada jumlah keluasan nenas dalam negara sebelum tahun 2020. Kekangan dalam meluaskan tanaman nenas MD2 dilaporkan seperti kekurangan benih nenas MD2 pada masa ini diatasi dengan skim pawah benih nenas MD2 bagi mereka yang mendapat bantuan penanaman nenas tersebut. Harga benih nenas MD2 telah menurun kepada purata RM1.60 satu benih pada tahun 2017 berbanding dengan sekitar RM2.50 - RM3.00 beberapa tahun dahulu. Dijangka dalam 3-5 tahun akan datang bekalan benih nenas MD2 akan mencukupi untuk penanam yang berminat menanamnya. Kehadiran nenas MD2 telah mengubah persepsi dan kadar penggunaan perkapita nenas dalam negara kepada sebanyak 14.8 biji seorang setahun. Kalau dahulu hanya nenas moris yang telah lama mendominasi pasaran dengan rasa masam manis tetapi kini peengguna hanya berminat makan nenas MD2 segar dan varieti premium nenas lain untuk dimakan segar. Nenas MD2 mendapat harga pasaran baik dimana kini harga ladang adalah purata sekitar RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Artikel subuh Sabtu ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology"mengenai nenas MD2 sekadar dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua.




Nenas merupakan buah tropika yang telah dimakan diseluruh dunia dalam ranking atau kedudukan 5 teratas kepentingannya. Nenas MD2 pula kini semakin mendapat permintaan untuk pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa (Sila lihat foto disebelah). Khasiat buah nenas yang didakwa mampu memberikan impak kesihatan membolehkan buah nenas segar semakin mendapat tempat dikalangan penduduk tempatan. Buah nenas selalu dihidangkan di hotel-hotel berbintang bersama dengan buah pisang, betik, mangga dan juga melon atau tembikai merah. Sejarah Nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal ssehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita. Potensi buah nenas segar MD kini lebih terserlah apabila protokol pengeskportan nenas segar ditadatangani dengan negara China pada bulan Mei 2017 dengan sasaran eksport bernilai sebanyak RM320 juta sehingga tahun 2020. Penanam nenas dinegara ini memang digalakkan mematuhi 8 semua protokol tersebut termasuk ladang yang menanam nenas perlu ada menerima sijil MyGAP untuk tujuan tersebut.




Mengenali buah nenas varieti MD2 tidak lengkap kalau kita tidak mengetahui akan peciriannya. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah nenas ini akan berwarna adalah kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yangSELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Pelanggan tempatan yang mempunyai keluarga ramai lebih suka membeli nenas yang besar ini dengan harga runcit termasuk berat jambul RM2.50 sekilogram sehingga RM3.00 sekilogram. Ada juga penjual atau penjaja yang menjual nenas MD2 dengan harga runcit sehingga RM5.00 sekilogram. Nenas MD2 mempunyai saiz mata yang besar dan rata serta ianya sekata berukuran sekitar 5 - 16 cm. Walau pun dalam keterangan teknikal buah nenas MD2 lazimnya mempunyai berat diantara 1.5 kg - 2.5 kg sebiji tetapi dengan baja tambahan termasuk baja foliar ia mudah membear sehingga beratnya 3.5 kg sebiji. Nenas MD2 yang ditanam diatas tanah mineral lazimnya lebih manis dan teksturnya lebih rangup berbanding dengan nenas MD2 yang ditanam diatas tanah gambut dengan amalan agronomi yang sama. Nenas MD2 yang ditaam diatas tanah mineral lazimnya akan menggunakan penutup batas plastik silversine. Tujuannya adalah untuk mengawal rumpai yang manjadi pesaing kepada tanaman nenas dan kadangkala menjadi perumah kepada patogen perosak dan penyakit. Kini penanaman nenas M2 lebih banyak ditanam diatas tanah mineral dengan kaedah pengurusan lebih komersil.



Nenas MD2 juga mepunyai beberapa ciri khusus pada tumbuhan terutama pada daunnya. Daun nenas MD2 didapati tidak mempunyai urat daun utama dengan warna berkilat dan tiada warna Anthocyanin (warna kecoklatan merah seperti terdapat pada vareti nenas morris). Permukaan bawah daun mempunyai trichomes atau debu putih yang ketara dan daunnya adalah lebih hijau daripada varieti nenas yang lain. Dalam pemeriksaan penulis dikebun mendapati varieti nenas MD2 mudah dkenali dengan memeriksa ciri daun apa lagi melihat ciri buahnya (Sila anda lihat foto disebelah). Varieti nenas MD2 bagaimana pun biasanya memerlukan masa sekitar 14 bulan daripada waktu menanam sehingga sesuai untuk dituai. Nenas moris pula sebagai perbandingan lazimnya hanya perlukan masa hanya 12 bulan untuk dituai. Buah yang masak akan mempunyai isi pulpa lebih manis dan lebih kompleks kurang kandungan serat dan mengandungi  kali lebih banyak vitamin C daripada nenas biasa dan kurang keasidannya.  Warna buah nenas ini adalah kuning keemasan dengan kadar kandungan gula pula adalah sekitar 13 - 18 darjah Brix. Dari segi ketahanan juga selepas tuai (post harvest) nenas MD2 dilaporkan mampu bertahan sehingga maksima 30 hari dengan rawatan biasa. Keunikkan tersendiri ciiri nenas MD2 membolehkan ia telah menerima permintaan luar biasa dipasaran antarabangsa. Antara negara utama pengeluar nenas MD2 seperti Filipina dengan menguasai peratusan agak tinggi untuk mengeksport nenas ini dipasaran antarabangsa. Malaysia kini telah pun banyak mengeksport nenas dengan jumlah melebihi RM120 juta setiap tahun dan jumlah ini terus meningkat dengan penanaman nenas MD2 ini kenegara Timur Tengah, Korea, Jepun dan beberapa lagi. Diharap tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...


NENAS MD2... ITU NAMA VARIETINYA...
BENIH MAHAL...14 BULAN TANAMYA...
BUAH MANIS... RANGUP TEKSTURNYA...
DITANAH MINERAL... BAIK KUALITINYA...

Kredit : M Anem

Saturday, August 5, 2017

Risiko membeli lot lidi


Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian
May 25 · 
RISIKO MEMBELI LOT LIDI



Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pentadbir-Pentadbir Tanah ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi. Anda boleh membaca tulisan-tulisan di internet tentang risiko pembelian lot lidi ini dan kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan adalah benar belaka. Risiko ini mungkin tidak berlaku pada masa sekarang, tetapi percayalah ianya akan berbangkit pada masa hadapan. Secara ringkasnya, risiko-risiko yang perlu dihadapi adalah seperti berikut :-

1. NAMA TIADA DALAM GERAN
Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Seperti yang pernah disebutkan di dalam artikel sebelum ini, geran adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam geran, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

2. SUKAR UNTUK BERJUAL BELI 
Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

3. KESALAHAN LANGGAR SYARAT TANAH 
Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

4. TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN
Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

5. TANAH TIDAK BOLEH DIWARISKAN JIKA ADA KEMATIAN 
Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

6. PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA 
Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI:-
1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual. 
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa. 
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang. 
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan. 
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia. 
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah. 
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.

KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada rakyat yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.

Kata kunci :-
Lot Lidi : Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.
Pemegang Amanah : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran. 
Surat Pemegang Amanah : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah. 
Pesaka : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

Sumber : Carigold.com

Friday, July 21, 2017

Jom Langgan Internet Unifi atau Streamyx 2017





Jom Langgan Internet #Unifi or #Streamyx TMNet dirumah. UNLIMITED Kuota Data, Speed sehingga 100Mbps*. Download sepuas2nya..

Kini dgn harga #PROMOSI potongan sehingga RM20 sbln (Promosi sehingga Dec'17)
√ FREE Langganan Hypptv*.
√ FREE Telefon Mudah Alih.
√ FREE Yuran Pengaktifan.
√ FREE Pemasangan*.
√ FREE Pemeriksaan Coverage.
√ FREE Khidmat Nasihat.

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan terus melalui whatsapp kami :
019-2595019

Turut menyediakan khidmat daftar #MaxisFibre dan #TIMEInternet..

#Fiezpro,
Authorised Reseller TMnet..

Monday, June 6, 2016

Cari Seorang Pelanggan Unifi dan Peroleh RM50, Tanpa Perlu Keluarkan Apa-Apa Modal

TM Unifi adalah produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia adalah servis Internet laju oleh TM.
Tugas anda:
1) Pastikan rumah pelanggan ada coverage Unifi.
2) Dapatkan nama penuh, IC, email, alamat dan pakej yang customer mahukan.
3) Dokumen yang diperlukan:
Kediaman - Gambar IC pelanggan depan belakang
Perniagaan - Gambar IC pelanggan depan belakang, borang SSM sebanyak 3 helai.
4) Selepas 1-2 bulan selepas pemasangan hanya anda akan dapat RM50 untuk seorang pelanggan yang anda rekemen.

p/s Anda juga boleh mendaftar untuk diri anda sendiri jadi anda boleh dapat RM50 hanya sebulan selepas anda melanggan Unifi!

Whatsapp/SMS segera 019-2595019

Saturday, April 16, 2016

Kempen Membeli Produk Keluaran Bumiputera



Apabila kita membeli sesuatu barangan keperluan, ada kalanya kita menutup sebelah mata, tidak pernah peduli dengan label ‘Keluaran Bumiputera’, ‘100% Produk Bumiputera’ atau ‘100% Keluaran Bumiputera’. Sebaliknya, apa yang dicari pastinya label ‘Halal’, agar barangan yang dibeli itu dijamin halal dari segi pembuatan dan pengeluarannya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu. Namun, tahu kah anda tentang kepentingan membeli produk keluaran Bumiputera ini? Bersediakah anda untuk menyahut seruan kerajaan dan cuba membantu usahawan Bumiputera negara ini dengan membeli produk keluaran Bumiputera sendiri?

Galakan Untuk Produk Keluaran Bumiputera

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundurnya ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai cara yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia, untuk membantu usahawan Bumiputera dalam memperkembangkan perniagaan yang mereka usahakan. Beberapa strategi pemasaran telah dirancang dan disusun untuk memperkenalkan produk Bumiputera ini di mata masyarakat tempatan dan juga di mata dunia, antaranya dengan mengadakan ekspo-ekspo produk halal seperti HALFEST 2012 – ekspo halal yang terbesar di Malaysia. Di samping itu telah juga diadakan ekspo usahawan seperti Ekspo Usahawan Groom Big. Malahan di peringkat nasional sendiri telah dirancang aktiviti yang sama seperti Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2012 dan Kempen 1Malaysia 1Halal di negeri Johor. Matlamat utama ekspo dan pameran ini sudah tentu untuk memberi peluang kepada para usahawan Bumiputera mempamerkan dan membuat jualan produk-produk yang berkualiti hasil keluaran masing-masing. Selain itu, diatur juga sesi padanan perniagaan antara usahawan dan peniaga bertujuan untuk membolehkan usahawan Bumiputera ini tadi meluaskan jaringan perniagaan dan mendapat laluan pemasaran yang betul. Kerajaan juga melalui agensi-agensi kerajaan ada menyediakan tempat pameran untuk dijadikan ruang bagi usahawan Bumiputera ini tadi mempamerkan produk-produk keluaran Bumiputera mereka.

Untuk memastikan usahawan Bumiputera ini memiliki jati diri, berdaya saing dan tidak ketinggalan di belakang usahawan tempatan yang lain, kerajaan sendiri telah menganjurkan pelbagai seminar keusahawanan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan lain seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) , SME Bank, Bank Pembangunan dan lain-lain lagi. Seminar ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan usahawan Bumiputera ini dengan ‘trend’ pasaran terkini, cara meningkatkan kualiti produk dan pembungkusan, serta memperkasakan kemahiran pemasaran mereka dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dengan lebih efektif. Usahawan juga telah diajar bagaimana untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa melalui bantuan yang disalurkan.

Daripada segi suntikan modal pula, kerajaan turut memastikan usahawan Bumiputera ini mendapat modal yang mencukupi dengan menyediakan bantuan kewangan seperti skim pinjaman dan dana kewangan dalam bentuk geran peruntukan, pinjaman dan insentif bagi mereka yang berada di sektor perindustrian dan perusahaan. Terdapat juga agensi-agensi kerajaan yang membantu dengan menyalurkan bantuan dana tersebut kepada usahawan yang terpilih. Walau bagaimanapun, ada juga usahawan Bumiputera yang menceburi dalam dunia perniagaan secara bersendirian dahulu untuk membuktikan kemampuan diri dan daya saing syarikat mereka sebelum berupaya untuk memohon skim dan dana pinjaman kewangan ini.

Perkembangan dunia Internet telah banyak membantu dalam mempromosi produk keluaran syarikat Bumiputera ini. Terdapat portal-portal kerajaan dan portal individu yang menjadi hab untuk mengumpulkan maklumat tentang syarikat dan produk yang dikeluarkan oleh usahawan Bumiputera ini. Hab-hab ini juga bertindak sebagai perantara antara jaringan usahawan Bumiputera yang berdaftar ini dengan masyarakat. Dengan hanya mendaftar melalui portal ini, kesemua ahli-ahli yang berdaftar sebagai usahawan akan sentiasa diberitahu tentang program-program anjuran kerajaan negeri dan maklumat-maklumat usahawan dari masa ke semasa. Masyarakat juga akan mendapat pendedahan tentang jaringan produk usahawan Bumiputera ini yang berada dalam pasaran. Contoh portal ini adalah sepertihttp://usahawan.selangor.gov.my, http://www.upub.sarawak.gov.my dan http://mecd.skali.my.

Terdapat juga dalam kalangan usahawan Bumiputera ini yang cerdik IT dan telah menjadikan dunia Internet sebagai salah satu medium pemasaran. Mereka ini telah membina sendiri laman web atau blog masing-masing yang bertujuan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat mereka. Ada juga di antara laman blog ini yang menyediakan ruangan ‘chat’ untuk mereka yang ingin berhubung atau membuat sebarang pertanyaan mengenai produk yang dipasarkan oleh usahawan tersebut.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan barangan keluaran Bumiputera. Media massa di sini merujuk kepada kedua-dua media elektronik dan media cetak. Kedua-dua ini digunakan agar masyarakat mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang produk Bumiputera dalam bentuk iklan di kaca TV dan juga di dada akhbar. Iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat masyarakat untuk membeli produk keluaran Bumiputera. Ada juga segmen wawancara seperti yang terdapat dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ yang menjemput usahawan-usahawan ini datang ke konti TV untuk ditemu ramah. Hal ini tentunya membuka peluang bagi usahawan yang dijemput, sekali gus mereka berpeluang mendapat ‘airtime’ untuk mempromosi produk keluaran syarikat mereka. Bagi usahawan yang berkemampuan, maka bolehlah membeli halaman yang terdapat dalam akhbar tempatan untuk mempromosikan produk mereka. Melalui media massa ini juga, rakyat akan berpeluang untuk mendapat maklumat yang tepat dan lebih terkini berkaitan produk-produk Bumiputera yang terdapat di pasaran.

Selain daripada galakan daripada media massa dan pihak kerajaan sendiri, anda juga seharusnya memberi galakan kepada diri anda sendiri untuk memilih dan membeli produk Bumiputera yang ada kalanya setanding dengan barangan import. Jika anda merupakan ibu atau bapa dan mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa, jadilah contoh kepada anak-anak anda dengan menggunakan barangan produk Bumiputera. Anak-anak akan mula mengikuti jejak langkah ibu bapa, dan seharusnya ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Kelebihan dan Contoh Produk Bumiputera

Antara kelebihan produk Bumiputera sudah tentu atas jaminan Halal nya. Tanpa ragu-ragu produk Bumiputera yang berasaskan produk makanan boleh dimakan tanpa rasa was-was. Dari segi harga pula, terdapat produk Bumiputera yang menawarkan harga yang kompetitif dan ada yang lebih murah dengan jaminan kualiti yang setanding dengan produk lain yang terdapat dalam pasaran.

Salah satu contoh produk Bumiputera yang boleh dibanggakan adalah produk Adabi. Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Adabi merupakan antara syarikat yang mengeluarkan produk barangan keperluan keluaran Bumiputera yang terkenal. Dalam masa lebih dua dekat, produk barangan keperluan ini telah berkembang dan dipelbagaikan demi memenuhi kemahuan masyarakat Malaysia. Adabi membekalkan produk makanan yang 100% Halal dan berkualiti tinggi dan pernah dianugerahkan Superbrand pada tahun 2002 oleh Majlis Superbrands Malaysia. Adabi juga telah berjaya menembusi pasaran negara luar dan Indonesia merupakan salah satu daripada negara itu.

Noor Arfa Batik pula adalah merupakan produk usahawan Bumiputera yang mengetengahkan industri pakaian batik negara ke mata dunia. Perniagaan yang pada mulanya dibuat secara kecil-kecilan itu kini telah diperluaskan dan hingga kini sebanyak 11 cawangan di seluruh negara Malaysia telah dibuka. Noor Arfa Batik telah berjaya menerima beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Anugerah ‘BRANDS LAUREATE’ Asia Pacific Oleh Brands Laureate dan Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA 2011 Peringkat Kebangsaan.

Selain contoh di atas, terdapat juga dalam kalangan usahawan Bumiputera ini yang mempunyai perniagaan berskala kecil yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk makanan, tekstil, elektrik dan elektronik, herba dan perubatan tradisional, kosmetik, teknologi maklumat dan peruncitan.

Halangan dan Cabaran

Meskipun pelbagai cara telah dibuat oleh kerajaan untuk mempromosikan barangan keluaran Bumiputera, namun terdapat kajian yang mengkaji dan mendapati peratusan barangan produk Bumiputera yang dijual di cawangan-cawangan hypermarket di sekitar Malaysia amatlah kecil jika dibandingkan dengan produk tempatan yang lain. Kajian juga mendapati bahawa majoriti produk usahawan Bumiputera yang dijual ini pula adalah merupakan produk makanan.

Dipercayai terdapat beberapa halangan dan cabaran yang menjadi isu penting yang terpaksa dihadapi oleh usahawan Bumiputera di negara ini, antaranya syarat kemasukan yang ketat, faktor pemasaran antaranya kekurangan modal, kekurangan tenaga kerja, kapasiti, bahan mentah, teknologi serta pengangkutan. Hal ini menyukarkan lagi usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk mereka berbanding dengan usahawan lain di Malaysia. Ada juga kajian yang mengaitkan sikap usahawan itu sendiri dalam menentukan kejayaan perniagaan mereka. Antara sikap usahawan Bumiputera yang biasanya dilihat adalah seperti tidak berani mengambil risiko, pasif, kurang pengetahuan dalam bidang kewangan dan hanya tahu meningkatkan harga demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera. Ramai usahawan Bumiputera di negara ini juga dilihat masih mengamalkan cara lama dan konvensional dalam perniagaan yang mengakibatkan golongan usahawan Bumiputera ini masih ketinggalan dan berdepan kesukaran untuk bersaing dengan usahawan bukan Bumiputera lain.

Kesimpulan

Kerajaan Malaysia dengan bantuan beberapa agensi kerajaan yang lain telah bertungkus lumus mengatur strategi untuk menggalakkan pembeli membeli barangan keluaran Bumiputera. Dalam bajet yang dibentangkan pada setiap tahun, pasti ada peruntukan dalam bentuk insentif dan geran khas untuk usahawan di Malaysia. Beberapa aktiviti seperti seminar keusahawanan juga telah dirangka untuk membina jati diri dan semangat keusahawanan dalam diri usahawan Bumiputera ini.

GLC juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang ekonomi dengan memberi kontrak kerja serta perkhidmatan kepada usahawan Bumiputera. Contohnya PETRONAS, yang telah membuka ruang kepada golongan Bumiputera untuk membuka stesen minyak dan Kedai Mesra. Begitu juga dengan syarikat GLC yang lain yang banyak memberi peluang perniagaan kepada usahawan Bumiputera.

Namun segala-galanya terletak pada tangan pengguna. Anda sebagai pengguna boleh melakukan perubahan. Ubah sikap anda dan mula menerima produk keluaran Bumiputera. Buka persepsi minda kita agar lebih bijak membeli. Jika mutu yang dicari, ada produk yang mutunya setanding produk import. Sokong usahawan Bumiputera. Beli produk keluaran Bumiputera.


Kempen Membeli Produk Keluaran Bumiputera. Support Produk Bumiputera DISINI

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...