Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa yang tidak mahu ada lebihan duit setiap bulan atau setidaknya ada simpanan kecemasan waktu kita benar-benar memerlukannya. Tetapi biasalah, bila duit dah di depan mata sekejap sahaja habis, kan?
Memang tiada jalan mudah untuk mengecapi kesenangan, tetapi tiada yang mustahil jika kita tahu ‘lubuk’ atau kaedah terbaik untuk ‘ternak’ duit. Salah satu daripadanya adalah dengan melabur dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ada banyak sebab kenapa produk-produk ASNB seperti ASB, ASN, ASW 2020 dan ASD adalah antara pelaburan terbaik, kurang risiko untuk ‘ternak’ duit.
#1 Modal kecil serendah RM10, dan anda dapat pulangan setiap tahun. Sebagai contoh, menurut data yang diambil daripada website rasmi ASNB, pulangan ASB pada tahun 2015 adalah sebanyak 7.25%, pada 2016 pula 6.75% dan 7.00% pada tahun 2017. Memang berbaloi, kan?
#2 Semakin besar pelaburan dan semakin lama anda melabur semakin banyaklah pulangan yang boleh diharapkan. Dividen dan bonus ASNB juga dikecualikan daripada cukai.
#3 Walaupun dinamakan pelaburan, tetapi anda boleh keluarkan wang yang dilaburkan pada bila-bila masa yang dikehendaki pada waktu bekerja. Simpanan ‘cair’ ini penting terutama ketika kita dalam keadaan kecemasan dan memerlukan wang segera.
#4 Kos operasinya rendah kerana tiada yuran pengurusan. Jumlah pelaburan maksima pula sehingga 2,000,000 unit untuk semua akaun kecuali ASB/ASB 2, dengan nilai pelaburan terhad kepada 200,000 unit.
#5 Anda boleh tambah pelaburan pada bila-bila masa dengan harga tetap serendah RM1 seunit dengan menggunakan perbankan internet Maybank2u atau ATM Maybank.
Lebih menarik, Maybank merupakan satu-satunya bank yang menyediakan perkhidmatan menyemak baki serta tambah nilai ASNB di ATM atau pun secara dalam talian di Maybank2u! Semakan dan pemindahan ini pula berdasarkan real time processing dan tidak terhad kepada waktu operasi bank. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa!
Kredit: Shutterstock
Dan sebagai pengenalan kepada perkhidmatan baru yang disediakan, Maybank turut menjalankan promosi yang memberi anda unit amanah apabila anda tambah pelaburan melalui Maybank2U atau ATM Maybank.
Mulai 18 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019, jadilah antara 1,000 pemenang yang tambah pelaburan ASNB sekurang-kurangnya RM100 melalui M2U atau ATM Maybank untuk peluang memenangi unit-unit amanah ASNB. Setiap transaksi ke 1,000, anda akan diberikan RM50 unit amanah ASNB ke dalam unit amanah yang sama. Dan lebih menarik lagi, seorang pemegang unit saham boleh menang lebih dari sekali.
20 Pelanggan sedia ada bertuah yang melanggan unit amanah baru sepanjang tempoh kempen dan tambah pelaburan melalui salah satu daripada saluran akan diberi ganjaran RM500 unit amanah ASNB! Layari Maybank untuk info lanjut.
No comments:
Post a Comment