Wednesday, January 16, 2019

Teknik Rahsia Cari Signal Kuat Dalam Rumah

Kredit gambar utama: Pexels
Selalunya penerimaan isyarat internet 4G ataupun 3G yang sangat lemah ketika berada dalam bangunan mahupun rumah. Masalah ini terjadi disebabkan gelombang yang membawa isyarat tersebut tidak dapat menembusi dinding bangunan yang tebal, sudah semestinya masalah ini akan menjengkelkan pengguna peranti pintar.
Berikut kami kongsikan cara mudah untuk menegnal pasti kawasan dalam rumah dengan isyarat internet paling kuat.
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak kekuatan isyarat dbm pada bahagian tetapan peranti pintar anda.
Kepada pengguna iPhone anda boleh sahaja memasukkan kod 3001#12345# dan tekan butang dail.
cara mencari kawasan “signal” internet paling kuat dalam rumah
manakala untuk pengguna peranti Android anda boleh masuk ke menu berikut,
                                       Setting > About Phone > status > SIM Status
Setelah memasuki paparan tersebut, sekiranya isyarat menunjukkan -100 dBm keatas maka isyarat internet dikawasan tersebut adalah buruk. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan berjalan disekitar rumah sehingga mendapatkan penyata isyarat yang menghampiri -70 dBm untuk mendapatkan kualiti internet yang terbaik.
cara mencari kawasan “signal” internet paling kuat dalam rumah
Haa jadi ini sahaja untuk anda cuba di rumah, semoga bermanfaat ya!
Sumber - Wiser.my

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...