Kredit Brightside. Olahan Razzlyn Rosli.
Teknologi yang semakin canggih sememangnya mengubah gaya hidup masyarakat. Dengan hanya berbekalkan telefon pintar, pengguna dapat melakukan pelbagai perkara contohnya perbankan dalam talian, menghantar emel, memuatnaik di media sosial dan banyak lagi.
Tapi jika anda menyangka telefon pintar adalah tempat yang selamat untuk menyimpan data peribadi ianya salah sama sekali.
Sebenarnya setiap telefon pintar memiliki potensi untuk dieskplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ini antara tanda – tanda telefon Android anda telah digodam.
1. Bateri Telefon Berkurang Secara Drastik
Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon anda pasti sudah boleh membaca hayat telefon anda.
Tetapi jika tiba – tiba bateri telefon anda berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon anda.
Aplikasi tersebut kemungkinan adalah malware yang mampu mencuri data peribadi anda.
2. Suhu Telefon Panas Tiba-Tiba
Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon anda. Jika ianya terjadi, anda disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.
Jika anda menemukan aplikasi yang tak dikenali, hapuskannya dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.
3. WiFi Aktif Dengan Sendiri
Wifi anda tiba – tib aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan anda sedang diperhatikan. Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data anda.
4. Ada Suara Orang Lain Saat Melakukan Panggilan
Salah satu tanda telefon anda digodam ialah anda mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon.
5. Kuota Internet Macam Air
Ini berlaku adalah merupakan salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan kamu.
No comments:
Post a Comment