Kita sering melihat label ‘Less Sugar’ di produk minuman dan makanan bukan? Namun begitu ramai yang tidak tahu apa sebenarnya maksud label tersebut.
‘Less Sugar’ sebenarnya bermaksud 25 peratus kurang gula daripada produk asalnya. Sebagai contoh air produk X ‘Less Sugar’ mengandung hanya 18 gram gula (kira – kira 4 sudu teh) berbanding 26 gram (kira – kira 6 sudu teh ) produk X.
Tahukah anda Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan wanita mengambil gula dalam sehari adalah kira-kira enam sudu teh sahaja. Namun begitu rata – rata masyarakat kita mengambil tiga kali ganda lebih banyak dari kadar yang sepatutnya.
Jadi, jika anda mahu sentiasa sihat dan dihindari penyakit, anda harus mengurangkan pengambilan gula mengikut kadar yang sepatut. Sebenarnya banyak kesan dalam setiap individu selepas pengambilan gula dikurangkan. Di antaranya ialah :
1. Kondisi Jantung Lebih Baik
Ramai yang tidak tahu mengurangkan pengambilan gula dalam badan dapat mengurangkan tekanan jantung dan mengelakkan risiko pelbagai penyakit terutama yang mempunyai kaitan dengan jantung.
Korang perlu tahu dengan mengurangkan pengambilan gula dalam badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung dan sekali gus mengelakkan daripada risiko pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jantung.
2. Terhindar Daripada Diabetes
Risiko penyakit diabetis meningkat sehingga satu perempat bagi setiap hidangan 12 auns minuman yang mengandungi gula. Dengan mengurangkan pengambilan gula anda kurang berisiko untuk diserang diabetis.
3. Emosi lebih stabil
Pengambilan gula berlebihan pada badan boleh memberi kesan keresahan dan juga skizofrenia. Skizofrenia adalah gangguan mental yang terjadi dalam jangka panjang. Gangguan ini menyebabkan penderitanya mengalami halusinasi, delusi atau waham, kekacauan berpikir, dan perubahan perilaku.
5. Berat Badan Turun
Berat badan anda akan turun dengan cepat jika anda mengurangkan atau tidak mengambil gula dalam diet harian anda. Pengambila gula akan menyebabkan pengeluaran insulin yang menghalang tubuh daripada membakar lemak.
6. Tampil Muda Dan Cergas
Kandungan gula berlebihan dalam darah memberi kesan domino molekul yang dipanggil glycation dan mengakibatkan kulit kurang tegang. Jadi untuk tampil cergas dan sihat anda wajib menjaga kandungan gula dalam badan!
Sumber :
Skizofrenia. (2018, October 14). Retrieved from https://www.alodokter.com/skizofrenia.html
Digital, R. (n.d.). 8 Perkara Luar Biasa Yang Korang Akan Rasa Jika Berhenti Ambil Gula. Retrieved from http://www.karangkraf.com/lawatan/8-perkara-luar-biasa-yang-korang-akan-rasa-jika-berhenti-ambil-gula-1.685042
Interface, S., & Saxotech Interface. (2013, July 25). The difference between sugar-free, reduced sugar and sugar alcohol. Retrieved from https://www.bendbulletin.com/news/1371754-151/the-difference-between-sugar-free-reduced-sugar-and-sugar
Bogan, M. (2014, June 17). What 'Natural,' 'Low Sugar' and 30 Other Food Labels Mean | Be Well Philly. Retrieved from https://www.phillymag.com/be-well-philly/2014/05/22/complete-food-label-glossary/
Food Label Claims and Guidelines :: Provided by MyFoodDiary.com. (n.d.). Retrieved from https://www.myfooddiary.com/resources/label_claims.asp
Ditulis oleh Razzlyn Rosli.
No comments:
Post a Comment