Showing posts with label SSPN i. Show all posts
Showing posts with label SSPN i. Show all posts

Friday, January 11, 2019

Cara Buka Akaun SSPN1M Secara Online (Lebih Mudah) - SSPN-i Plus

Hari ini kami ingin membantu anda membuka Akaun SSPN-i Plus secara online tanpa melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Pembukaan akaun secara online mudah dan boleh menjimatkan masa, perjalanan, dan tenaga anda.

Apakah itu SSPN-i?

SSPN-i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’.
sspni
SSPN-i Plus pula merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
Berbeza dengan akaun SSPN biasa, SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Apakah perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus?

Perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan yang terdapat pada SSPN-i Plus berbanding SSPN-i yang tiada sebarang komitmen bulanan (boleh simpan mengikut kemahuan masing-masing)
Komitmen bulanan ini sebenarnya adalah satu cara untuk kita sentiasa menabung secara konsisten setiap bulan dan dalam masa yang sama mendapat manfaat takaful yang disediakan dalam akaun SSPN-i Plus kita. Bagi yang sukar untuk menabung secara konsisten, ini adalah satu peluang yang baik untuk mulakan tabungan.
Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih. Berikut adalah pakej yang disediakan dalam SSPN-i Plus.
sspni
Selain daripada manfaat kesihatan, pendeposit SSPN-i Plus juga akan mendapat pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM 6,000 untuk simpanan dan tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM 6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
Itulah serba sedikit pengenalan berkaitan SSPN-i Plus. Maklumat lanjut boleh lihat di laman web SSPN-i Plus

Daftar SSPN-i Online

Apa yang lebih menarik adalah, pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN. Ini akan menjimatkan masa kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja seharian.
Untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus sila ke paparan web pendaftaran atau klik pautan dibawah.
Anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah. Anda boleh pilih untuk buat akaun untuk diri sendiri, anak sendiri atau untuk anak jagaan.
sspni-2
sspni-3
Anda hanya perlu isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan sehingga habis. Kemudian akan dinyatakan terma dan syarat yang perlu anda fahami. Sila baca dan fahamkan betul-betul syarat dan manfaat yang anda perolehi dengan membuka akaun SSPN-i Plus ini.
Selepas selesai mengisi borang, anda kemudiannya akan dikehendaki untuk memasukkan deposit ke dalam akaun tersebut. Sekurang-kurangnya nilai 1 bulan untuk pakej yang anda ambil. Bayaran boleh dibuat melalui online banking ataupun kredit card.
Bayaran bulanan selepas pembukaan akaun boleh dibuat melalui kaunter PTPTN, potongan gaji, auto debit dan paling mudah adalah dengan bayaran secara online melalui SSPN-i Plus Online.
sspni-4
Terima kasih kerana membaca Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online. Semoga perkonsian ini berguna untuk anda semua.

Sunday, July 30, 2017

Wednesday, August 3, 2016

Daftar SSPN-i Plus Online - Untuk masa depan anak anda.‎

Apakah itu SSPN i – Plus ?

SSPN i – Plus merupakan satu skim terbaru dari PTPTN dengan instrument simpanan serta perlindungan takaful  . SSPN i – Plus juga adalah produk yang dinaik taraf dari SSPN -i dengan penambahan bayaran takaful yang murah dan komprehensif .

Sangat mudah untuk pencarum memantau akaun kerana semuanya boleh di akses melalui atas talian seperti melihat baki serta menambah caruman ke akaun masing-masing tanpa perlu pergi ke bank .

Kalau semua pembaca sekalian tak sabar nak tahu apakah kelebihan sspn i- plus dan plan-plan serta pakej yang ditawarkan … apa tunggu lagi ?

Jom scroll down dan ketahui apakah keistimewaan SSPN i – Plus sehingga korang akan rasa rugi kalau setakat tengok tapi tak bertindak.


BUKA AKAUN
1. Keistimewaan SSPN i – Plus



2. Pelan Simpanan ( Pakej ) SSPN i – Plus



3. Kelayakan SSPN i – Plus




4. Pengeluaran Dan Penutupan Akaun SSPN i – Plus


5. Tempoh Menunggu Tuntutan Manfaat Takaful SSPN i – Plus


6. Pelepasan Dan Taksiran Cukai 


7. Cabutan WOW SSPN i – Plus ( sehingga 31 Mei 2016 )



Tuesday, August 2, 2016

SSPN-i Plus Galakkan Tabiat Simpanan, Menabung Pendidikan Masa Hadapan



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada hari Jumaat yang lepas telah mengumumkan pelancaran pakej terbaru iaitu SSPN-i Plus di menara PTPTN bertempat di Kuala Lumpur. Aku dan beberapa orang blogger telah dijemput untuk memeriahkan lagi hari pelancaran tersebut.
Apa yang menarik perhatian aku, para pencarum yang mencarum bukan sekadar untuk mencarum semata-mata malah berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan. Dianggarkan bernilai RM3Juta! Antara hadiah yang ditawarkan seperti sebuah kereta BMW, motosikal Honda dan lain lain lagi.
Jika sebelum ini ramai yang merungut bahawa PTPTN ini tidak membawa apa2 makna pada masyarakat tapi kali ini aku rasa adalah satu usaha terbaik dari PTPTN untuk galakkan golongan muda menabung sejak dari awal lagi. Inisiatif seperti ini memang digalakkan dan itu antara perkara terbaik terkandung dalam pakej terbaru SSPN-i Plus ini.

Apa Itu SSPN i ?

SSPN i yang lebih dikenali sebagai suatu Skim Simpanan Pendidikan Nasional  adalah produk yang dibawah naungan PTPTN yang dijadikan sebagai 1 “hub” simpanan untuk pendidikan tinggi. SSPN-i Plus pula adalah satu skim yang mana sistemnya ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan kadar bayaran berbaloi, sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang terbaik.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Untuk pengetahuan korang, SSPN i ni telah berusia selama 12 tahun sejak ia mulakan operasi pertamanya dan SSPN ditubuhkan sejak 8 Jun 2015. Sehingga kini menurut rekod terkini, sebanyak 8,261 akaun SSPN-i Plus telah didaftarkan dengan jumlah deposit sebanyak RM2.54 juta serta perlindungan takaful dengan kadar nilaian sebanyak RM453.84 juta. Ianya satu penanda aras yang cukup positif!

Keistimewaan SSPN-i Plus Apa Dia?


Kelebihan Simpanan SSPN-i Plus Berbanding Simpanan Lain

Korang boleh tengok kat jadual ni perbandingan antara simpanan SSPN-i Plus dengan simpanan yang lain. Banyak kebaikannya kan?

Pakej SSPN-i Plus


Cabutan Bertuah SSPN-i Plus


Sambil mencarum sambil berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang lumayan! Jadi peluang seperti ini amatlah digalakkan untuk korang ambil demi pendidikan anak-anak atau masa hadapan. Cabutan ini akan di adakan setiap 3 bulan sekali bermakna dalam setahun akan ada 4 kali cabutan.
Dah ready nak buka akaun SSPN-i Plus ini? Korang boleh terus ke kaunter PTPTN atau daftar online sspn-i plus . Mudah je! Selain daripada itu juga, korang boleh mendaftarkan akaun menerusi ejen online.
Sumber



Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...