Wednesday, January 31, 2018

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak




Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox Lia minta nasihat tentang nak menguruskan kewangan dengan baik.
.
InshaaAllah 25 Januari ni penjawat awam akan dapat gaji, jadi Lia nak kongsikan terus apa pecahan gaji yang perlu diutamakan dahulu bila dah dapat gaji.
.
Pecahkan terus kepada 3 iaitu :
+ Komitmen
+ Belanja
+ Simpanan
.
KOMITMEN
===
.
Komitmen maksudnya apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank.
.
Contoh komitmen :
+ PTPTN
+ MARA
+ ASBFinancing
+ Hire Purchase
+ Housing Loan
+ Personal Loan
.
Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat?
.
1. Mesti la bankin dulu duit pada mak ayah di kampung kan. Ni wajib dan semua pon tahu. Kan.
2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank
.
3. Letakkan zakat sebagai komitmen juga sebab itu adalah komitmen kepada agama. Nak bayar zakat pon mudah, masuk website zakat, ada calculator yang akan kirakan, lepas itu boleh terus bayar zakat dengan hati yang senang.
.
BELANJA
===
.
Bahaya kalau dapat je gaji terus buat belanja daripada mulakan dulu dengan menyimpan. Sebab bila belanja, biasa mesti akan terguna sekali duit untuk buat simpanan. 
.
Sebab itu la penting asingkan awal-awal terus ke medium lain, contohnya menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Macam mana nak simpan awal-awal sebelum belanja?
.
Anda perlu list kan dulu berapa komitmen dan belanja keperluan yang ada dalam masa sebulan. Lepas dah buat kira-kira mesti ada bakikan? Baki tu segera alihkan ke akaun simpanan yang lain tadi. 
.
Untuk awal tahun 2018 ni mungkin susah nak buat macam ni, jadi anda perlu paksa diri juga untuk buat simpanan. Macam mana nak paksa juga buat simpanan? 
.
SIMPANAN
===
.
Mudah je dengan cara ‘Force Saving’. Contoh menggunakan ASBFinancing. Katakan duit lebihan RM160, boleh buat ASBF RM30000. Kalau ada cara lain pon boleh juga guna.
.
Seperti Lia sendiri, Lia dapat gaji Lia akan terus bayar komitmen, kemudian asingkan duit simpanan ke akaun khas siap-siap. Sinpanan ni ikut kreativiti masing-masing. 
.
Contohnya:
+ Tabung Haji
+ ASB
+ Tabung Mingguan 
+ Emas
+ Unit Trust 
.
Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. Sebab orang Melayu kita ni paling senang duit bocor tanpa sedar. Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah belasan ribu sebulan tanpa sedar! 





No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...