Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

3 Langkah Paling Mudah Untuk Uruskan Duit Gaji Secara Bijak




Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox Lia minta nasihat tentang nak menguruskan kewangan dengan baik.
.
InshaaAllah 25 Januari ni penjawat awam akan dapat gaji, jadi Lia nak kongsikan terus apa pecahan gaji yang perlu diutamakan dahulu bila dah dapat gaji.
.
Pecahkan terus kepada 3 iaitu :
+ Komitmen
+ Belanja
+ Simpanan
.
KOMITMEN
===
.
Komitmen maksudnya apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank.
.
Contoh komitmen :
+ PTPTN
+ MARA
+ ASBFinancing
+ Hire Purchase
+ Housing Loan
+ Personal Loan
.
Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat?
.
1. Mesti la bankin dulu duit pada mak ayah di kampung kan. Ni wajib dan semua pon tahu. Kan.
2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank
.
3. Letakkan zakat sebagai komitmen juga sebab itu adalah komitmen kepada agama. Nak bayar zakat pon mudah, masuk website zakat, ada calculator yang akan kirakan, lepas itu boleh terus bayar zakat dengan hati yang senang.
.
BELANJA
===
.
Bahaya kalau dapat je gaji terus buat belanja daripada mulakan dulu dengan menyimpan. Sebab bila belanja, biasa mesti akan terguna sekali duit untuk buat simpanan. 
.
Sebab itu la penting asingkan awal-awal terus ke medium lain, contohnya menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Macam mana nak simpan awal-awal sebelum belanja?
.
Anda perlu list kan dulu berapa komitmen dan belanja keperluan yang ada dalam masa sebulan. Lepas dah buat kira-kira mesti ada bakikan? Baki tu segera alihkan ke akaun simpanan yang lain tadi. 
.
Untuk awal tahun 2018 ni mungkin susah nak buat macam ni, jadi anda perlu paksa diri juga untuk buat simpanan. Macam mana nak paksa juga buat simpanan? 
.
SIMPANAN
===
.
Mudah je dengan cara ‘Force Saving’. Contoh menggunakan ASBFinancing. Katakan duit lebihan RM160, boleh buat ASBF RM30000. Kalau ada cara lain pon boleh juga guna.
.
Seperti Lia sendiri, Lia dapat gaji Lia akan terus bayar komitmen, kemudian asingkan duit simpanan ke akaun khas siap-siap. Sinpanan ni ikut kreativiti masing-masing. 
.
Contohnya:
+ Tabung Haji
+ ASB
+ Tabung Mingguan 
+ Emas
+ Unit Trust 
.
Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. Sebab orang Melayu kita ni paling senang duit bocor tanpa sedar. Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah belasan ribu sebulan tanpa sedar! 





Tuesday, August 22, 2017

Want to win a Myvi? Celebrating 12 years of the Love of The Nation – SMS & Win over RM120,000 in cash & vouchers



Celebrating 12 years of the Love of The Nation – SMS & Win over RM120,000 in cash & vouchers. 3 lucky participants also stand a chance to take home their very own #Myvi in one of three simple
steps! http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/emGIC

Monday, July 11, 2016

Rahsia Buat Duit Dengan Getvase

Salam. siapa nak duit lebih. tekan link ni 
KLIK DISINI pastu sign up. jawab survey dapat duit. I'm done. And dah dapat, yahoooo ! Excited





Friday, December 25, 2015

Toneexcel menjana duit anda

3 BERITA BAIK PENGGUNA #MAXIS

Mulai tahun depan

Topup #RM10 kredit masuk RM9.43
Topup #RM30 dapat RM28.30
Topup #RM60 dapat RM56.60
Topup #RM100 dapat RM94.33

Tahniah

Sementara itu

BERITA BURUK BAGI PENGGUNA #TONEEXCEL

Topup #RM30 dapat kredit RM30
+ data 1GB FREE tak usik kredit

Topup #RM50 dapat kredit RM70
Tambahan kredit RM20 bukan tolak kredit

Topup #RM100 dapat kredit RM140 tambahan kredit RM40 bukan tolak kredit

Ini tak termasuk lagi insurans kemalangan percuma yang pengguna ToneExcel dapat walau topup sendiri.

Dan pengguna ToneExcel dibayar duit walau topup sendiri

Jom pengguna maxis pakat ramai2 tukar pakai ToneExcel. No lama boleh kekal..

#ToneExcelMalaysia
#PrepaidThatPays..

Berminat whatsapp saya segera #0192595019

Sunday, November 16, 2014

5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan

Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.
Menyimpan
Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama. [Alyssakai]
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”

3 Kepercayaan Karut Tentang Menabung

Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,

Surah Yusuf 48
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48

#1 – Tiada Duit Untuk Simpan

Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.

#2 – Simpan Untuk Kecemasan

Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.

#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula

Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.
Sumber

Sunday, June 1, 2014

Cara Bagaimana Golongan Muda Boleh Mula Menyimpan Duit Setiap Bulan




Salam, di sini saya hanya ingin berkongsi pendapat terutama bagi golongan muda yang baru memasuki bidang pekerjaan dan masih tidak tahu untuk merancang kewangan. Di mana akhirnya mereka tiada simpanan di masa kecemasan. Namun informasi ini juga boleh diamalkan untuk kita semua yang ingin mula menyimpan.

Menyimpan Hanya 10 Peratus Setiap Bulan

Bila sebut sahaja mengenai gaji setiap bulan ramai yang mengeluh tidak cukup untuk menampung kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi. Hal ini kerap kali berlaku kepada graduan baru yang ingin memulakan kerjaya atau baru mula berkerja. Kadar gaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 sememangnya tidak mencukupi walaupun ada dikalangan mereka yang masih belum berumahtangga.

Bila memikirkan komitmen atau hutang bulanan tetap yang banyak perlu dibayar seperti rumah, kereta, bil api, air, astro dan telefon, pinjaman pendidikan, duit makan, minyak, tol, dan parking. Selepas ditolak segala komitmen atau kata nama lainnya hutang, akhirnya yang tinggal hanya suku daripada gaji. 

Persoalannya bagaimana untuk menyimpan? Adakah bekerja hanya untuk membayar hutang bulanan semata dan tidak perlu berhibur, membeli pakaian baru sebagai terapi atau ganjaran buat diri sendiri setelah sebulan penat bekerja. Itu masalah yang sering membelenggu golongan muda yang baru memulakan kehidupan dalam bidang pekerjaan.

Golongan ini perlu realistik dalam merancang pelan kewangan diri. Jangan hanya ingin memenuhi kehendak semata-mata hingga keperluan diabaikan. Selesaikan terlebih dahulu tuntutan keperluan kemudian jika ada baki barulah fikir untuk memenuhi kehendak yang boleh dikatakan takkan pernah habis kerana dorongan nafsu semata.

Malah jadikan simpanan tetap termasuk dalam komitmen keperluan setiap bulan. Jangan jadikan alasan duit gaji tidak cukup kerana anda yang merancang dan menguruskan wang tersebut bukan wang tersebut menguruskan anda. Cukup mulakan dengan simpan sebanyak 10% daripada gaji setiap bulan. Namun lebih elok jika disimpan dalam bank yang tidak mempunyai kad ATM kerana itu mendorong anda mengeluarkannya. 

Jadikan itu sebagai simpanan tetap setiap bulan sekurang-kurangnya jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kereta rosak, haiwan peliharaan sakit dan sebagainya. Di waktu begini kelak baru anda dapat menilai simpanan 10% tersebut begitu berguna di kala duit gaji anda hanya cukup-cukup makan sahaja untuk menampung sehingga cukup bulan. 

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti. Dalam lingkungan tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari. 

Bertindak dan mulakan dari sekarang. Ketepikan segala alasan baru bekerja, banyak komitmen yang perlu ditanggung hingga tiada wang mencukupi untuk menyimpan. Kini mungkin anda boleh dibantu oleh keluarga, namun pernahkah anda terfikir jika anda tiada lagi tempat bergantung?

Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20 hingga 30 tahun lagi, tanpa pendapatan tetap! Bolehkah anda bertahan untuk keberlangsungan hidup tanpa bekerja? Atau hanya ingin mengharap wang KWSP yang tak sampai dua atau tiga tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?

Buat permulaan mugkin ia agak sukar untuk dilakukan dan dengan sedikit pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia bakal merubah objektif anda untuk menukar tabiat dari gemar berbelanja tanpa had kepada tabiat beringat dengan mula menyimpan.


Thursday, May 1, 2014

DUIT : Bayar Hutang atau Simpan?


Walaupun terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai pengurusan wang, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak dapat merancang kewangan dengan baik. Statistik menunjukkan bahawa hutang kad kredit rakyat Malaysia berjumlah hampir RM25 bilion (setakat Mac 2010). Situasi ini sememangnya merisaukan dan isu kepentingan menyimpan duit dan membayar hutang sepatutnya menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, dengan pendapatan yang terhad, apakah kita patut menggunakan duit gaji untuk membayar hutang sedia ada atau wang itu sepatutnya disimpan? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang.

Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Denganini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan? Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.

Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Bagaimana pula dengan simpanan? Ia mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk menambah lagi duit simpanan apabila anda masih mempunyai hutang. Kebanyakan hutang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun-akaun simpanan biasa di bank. Dengan itu, anda sebenarnya kerugian lebih banyak duit daripada hutang tersebut berbanding duit yang diperolehi daripada akaun simpanan.

Contohnya, katakan anda mempunyai RM6,000 dalam sebuah akaun simpanan dengan pulangan 2% setahun dan hutang kad kredit sebanyak RM3,000 dengan kadar faedah 18% setahun. Berapakah jumlah duit anda selepas lima tahun? Jawapannya adalah sifar – anda akan hilang kesemua simpanan dan masih lagi berhutang RM200 kerana hutang akan meningkat kepada RM6,800, manakala simpanan hanya bertambah sebanyak RM600.

Satu lagi pilihan adalah untuk melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, anda boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan anda mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan anda.

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan

Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar anda tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.

Setelah itu, inilah masanya untuk mula melihat kepada peluang membuat duit berkerja untuk anda iaitu dengan melaburkan duit yang ada. Anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang simpanan untuk dilaburkan dan membantu menghasilkan pulangan. Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda. Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.

Dengan ketiga-tiga langkah yang telah disebutkan, anda kini tahu bagaimana untuk mula mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang. Ingatlah bahawa menyimpan duit, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ianya bukanlah suatu yang mudah. Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.



Saturday, August 3, 2013

Buat duit dengan 8Share . Siap Dengan Bukti. Cukup utk duit minyak.

Sapa taknak RM5 percuma. Dengan syarat anda daftar dekat 8share ini dan share link.

Nie buktinya, saya baru join awal minggu lepas. Target satu bulan boleh kaut RM300 . Cukuplah boleh cover duit minyak. Benda percuma sapa taknak.



Daftar sini jika berminat dan ianya percuma : http://bit.ly/13KoqMn


F.A.Q

1.Apa itu 8Share?

8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.

2.Siapa boleh menyertai 8Share?

Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar sekarang.

3.Bagaimana saya mendapat ganjaran dengan 8Share?

And akan dibayar tunai dengan menyiarkan Special kami. Anda juga akan dibayar apabila anda mengajak kawan-kawan anda menyertai 8Share. Dapatkan Mata Sumbangan (CPs) dengan menjadi ahli 8Share yang aktif. Kami juga akan mengadakan peraduan untuk anda memenangi pelbagai gajet dan hadiah. Ketahui lebih lanjut tentang ganjaran.

4.Apakah Lawatan Unik (U.V.)?

Lawatan Unik (U.V) untuk ahli 8Share di Malaysia, ialah klik pada pautan Special dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia.

5.Bagaimana saya boleh terima wang yang saya perolehi dari 8Share?

Semua transaksi wang akan dibuat melalui pemindahan wang dalam talian, selepas permintaan transaksi cash out dibuat.

6.Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk membuat akaun ?

Tidak, semuanya percuma.

7.Adakah saya perlukan apa-apa yang istimewa untuk menggunakan 8Share?

Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. Sertai kami sekarang!

8.Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada 8Share?

Pergi ke http://bit.ly/13KoqMn dan klik butang "Sign up" untuk membuka akaun 8Share anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda dimana, satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel. Semak emel anda, klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun 8Share!

9.Mengapa saya tidak menerima email pengaktifan saya?

Emel pengaktifan selalunya mengambil masa selama 5 minit untuk smpai ke akaun emel anda bergantung kepada keadaan trafik emel pada masa itu. Selain itu, emel pengaktfan itu juga mungkin masuk ke dalam ruang Spam atau Junk emel anda. Jika ia mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke akaun emel anda, sila maklumkan kepada kami melalui butang "Talk To Us" di bahagian bawah 8Share Dashboard anda supaya kami boleh membantu anda. Anda mestilah log in ke akaun anda untuk melihat Dashboard 8Share anda.

10. Bagaimana saya boleh mendapat wang daripada menyiarkan Special?

Anda akan diberi URL unik pautan link untuk setiap Special yang anda telah siarkan - link ini akan digunakan untuk menjejak semua lawatan unik (U.V.) anda. Anda akan diberi ganjaran untuk setiap lawatan unik yang diterima selagi kempen Special tersebut masih lagi berjalan dan ganjaran yang akan diberikan belum habis lagi digunakan, sehingga anda mencapai ganjaran maksima untuk Special tersebut.


Saturday, December 3, 2011

Jom wat duit ngan survey..

assalamualaikum..

psssttt..

korang nak wat survey takk.??
sehari depan laptop @ pc korang da leh dapat $50..
banyak tuh..
bukan kena kerja berat pun.. 
ko jawab soklan2 yg depa bagi..nah..
dapat $1 utk satu survey ..
ok ape..
kalo rajin korang dah leh dapat lebih dari $50..
aku pon join mende ni..
tapi tak aktif sangat cos sebok..mggu tu aku ada mid-term + assignment yg melambak2
so aku rasa ada sehari kot aku wat survey ni then da dapat RM18 utk satu survey ja..
tak kira gi survey2 yg aku da join n jawab lam 1 ari tu..hehhe

antara salah satu link survey nih..
yoursay
http://www.yoursay.com/7272831

yg nih plak focusline
total ernings aku
hahaha..sikit jer s'hari

korang kena daftar maklumat2 yg dya nak..
then dia akan bagi survey kat korang..mula2 tnya pasal diri korang
then akan ada survey2 dari syarikat2 tertentu yg akan bayar korang
tp ingat !!! survey2 ni x selalunya dia bagi..bergantung pada survey pasai diri korang tu..
kalo sesuai ngan korang baru dia bagi..
pastu..ada beberapa perkara yang korang kena wat..antaranya kena da akaun paypal@ alertpay..
cos banyak company dr luar negara..
diaorang bayar guna paypal..pasal paypal..len kali aku gtaw plak..
sekarang ni...daftar dulu..tgk ada berhasil tak..kalo tak tu..maknanya da yg x kena la..
kalo tersalah sorry ye..
sekadar nak kongsi..aku join menda ni kna bayar RM30 utk dapatkan suma syarikat2 yg kuarkan survey..
so aku bagi kat korang ni free2 je..
kalo salah tu tak rugi kan..
aku yg rugi~
ada banyak lagi survey2 yg bole dapat cash money n hadiah2 yg lumayan..
kalo nak sila tinggalkan alamat email korang kat comment @ shout box..
senang nak hantar link.. :P

sidenote : sharing is caring :)

Sunday, September 18, 2011

Kenapa Perlu Menabung?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya bukanlah orang yang sangat arif tentang pengurusan kewangan, tetapi sebagai insan yang pernah melalui kesukaran sewaktu dahulu, saya sangat-sangat menggalakkan anda semua menabung demi masa depan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menabung, tetapi jadikan tabiat ini sebagai suatu amalan murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil. Saya percaya ramai di antara kita yang kurang arif atau tidak tahu menguruskan kewangan sendiri termasuk juga saya.


Apa yang saya nak kongsi malam ini adalah mengenai tabungan untuk anak-anak atau umumnya memanggil tabungan pendidikan. Hari ini merupakan hari 20 Syawal di bulan Syawal yang mulia ini di tahun 1432H. Pasti ramai ibu bapa yang teruja membilang duit raya anak masing-masing kan? masakan tidak jika duit raya mencecah ribuan ringgit, persoalannya adakah ibubapa menguruskan wang anak-anak dengan baik? Mengikut kajian, masih ramai ibubapa yang belum membuat tabungan untuk anak secara tetap, dengan kata lain fixed deposit, potongan gaji dan sebagainya. Alangkah beruntungnya anak-anak yang mempunyai ibubapa yang pandai menguruskan wang untuk mereka. Jika anda masih belum berbuat demikian, masih belum terlambat untuk melakukannya bak kat pepatah "Better late than Never".


Tabungan sendiri atau melalui Insurans Kewangan/Takaful? 
Persoalan ini perlu diteliti dan saya fikir jawapan sudah ada di benak ibubapa sendiri. Ke-2 kaedah ini ada baik dan buruknya, jika ada wang lebih anda buat 2-2 sekali, baguskan? Ada kelebihan jika menabung melalui syarikat Takaful/Insurans seperti perlindungan percuma, kad perubatan, biasiswa, jaminan simpanan, anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Tetapi jika anda susah mendisiplinkan diri untuk menyimpan secara tetap, maka simpanan biasa adalah lebih baik. Anda juga tidak boleh mengeluarkan wang sesuka hati jka menabung melalui syarikat Insurans/Takaful, ini bagi memastikan anak anda mendapat dana pendidikan yang mencukupi.

Jika anda buat simpanan di bank dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,320 + dividen
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur dan sihat selama 17 tahun. Jika tidak?....

Jika anda buat simpanan di Takaful dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,305 + keuntungan
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur ataupun tidak kerana Takaful memberikan jaminan simpanan. (Kiraan berdasarkan anak di bawah 1 tahun dan pembayar 30 tahun)

Walaubagaimanapun ini sangat bergantung kepada disiplin dan kemampuan ibubapa itu sendiri. Lebih anda simpan lebih la yang anda peroleh nanti.

10 Tabiat Mudah Menabung



1. Berhenti merokok

Katakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.


2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.

3. Cuci kereta sendiri
Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.

4. Beriadah di rumah
Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.




5. Bayar bil kad kredit pada masanya
Elakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.

6. Ajar anak anda sendiri
Habiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.

7. Lepak di gerai Mamak berbanding restoran
Ubah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Elakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.

9. Rancang pembelian barangan dapur
Ikut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan

10. Bayar bil dengan perbankan Internet
Gunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.

Friday, September 2, 2011

Tips bagaimana untuk mencapai kesihatan kewangan!



Salam hormat para pembaca blog!
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua
tip bagaimana untuk mencapai kesihatan kewangan!
Hmm…Sebagaimana kita menjaga kesihatan tubuh badan kita,
kita juga perlu jaga kesihatan kewangan kita!
Jadi, perkara pertama yang perlu kita semua lakukan adalah dengan mengikuti tip berikut:
Tip No.1 : Kurangkan Perbelanjaan Hutang!
Tahap kewangan kita menjadi tak sihat bila manakedudukan hutang pinjaman kita lebih besar daripada
pendapatan kita..
Bila kita berhutang, kita perlu ingat bahawa kita juga perlu
membayar Faedahnya sekali!
Ini bermakna kita perlukan wang yang lebih banyak, hanya
semata-mata nak bayar balik hutang pinjaman..
Ini sudah tentu membankan kewangan kita pada masa depan..
Jadi kurangkanlah membuat hutang pinjaman..
Tip No.2 : Displin Membuat Simpanan
Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, maka sudahtentu kita perlu berdisplin menjalani senaman sekurang-
kurangnya 3x seminggu..
Begitu juga dengan kesihatan kewangan kita, perlu ada
displin terutama sekali melibatkan simpanan!
Bermulalah dulu dalam jumlah yang kecil kemudian tambah
sikit demi sedikit..
Hmm..macam orang bina badan..
Mereka memiliki tubuh badan yang sihat dan otot yang SASA
adalah kerana mereka mempunyai DISPLIN yang tinggi!
Mereka angkat berat beban pun dari yang ringan dan kecil kepada
yang lebih besar dan berat pun sikit demi sedikit..
Maka tak hairanlah tubuh mereka berkembang dari masa ke semasa!
Begitu juga dengan kewangan kita..
Jadi ingat untuk kewangan yang sihat perlu kurangkan berhutang
dan Displin pada simpanan…
Salam kekayaan :)

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...