Sunday, January 14, 2018

Doktor Ini Kongsi 4 BIG NO Masa Mengandung

#BIG NO Pertama
Adakah anda merupakan penggemar kucing dan memiliki kucing di rumah? Jika ya, pantang larang pertama saya tujukan khas buat anda.
Terdapat sejenis parasit yang membiak di dalam usus kucing yang kemudiannya dikeluarkan melalui najisnya. Parasit ini dikenali sebagai toxoplasma.


Parasit ini tak datangkan bahaya kepada org dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah serius pada bayi dlm kandungan,spt masalah saraf.
Sekiranya anda membela kucing di rumah, minimakan sentuhan anda dengan kucing tersebut. Minta suami atau ahli keluarga anda untuk menguruskan kucing termasuk membersihkan najis kucing.
Ni saya cakap pasal stray cat 🐈. Kalau kucing peliharaan sendiri yang dijaga baik dgn vaksin dan sebagainya tu, should be alright
#2. BIG NO Kedua
BERHENTI merokok meminum alkohol atau Vape. sekiranya anda disahkan hamil. bahan-bahan yang terdapat di dalam rokok minuman alkohol dan vape boleh membahayakan kehamilan.
Skang ni trend, tengok orang pregnant hisap vape atau rokok. Kalau tak hisap pun, still jadi perokok pasif sebab orang sekitarnya merokok.
ELAKKAN!
#3. BIG NO Ketiga
Saya paham naluri kewanitaan sering sahaja ingin kelihatan cantik dan menawan. mereka suka memanjakan diri di pusat kecantikan utk melakukan rawatan rambut dan kuku.
Tidak kurang juga yang suka merehatkan diri di pusat sauna untuk menghilangkan segala tekanan yang melanda.
Jika kaedah memanjakan diri di pusat kecantikan menggunakan bahan kimia untuk merapikan rambut dan sebagainya, ada baiknya anda tangguhkan dahulu rutin ini sehingga selepas bersalin. Lepas bersalin bole sambung balik ya.
4. BIG NO Keempat
Anda gemarkan sushi yang diletakkan salmon atau udang mentah di atasnya? Jika ya, sila elakkan sushi sepanjang sembilan bulan anda hamil. Ia berikutan terdapat bakteria yang masih hidup di dalam makanan ini yang mungkin akan menjejaskan kesihatan bayi.
Juga elakkan telur separuh masak, steak atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya.
Jangan try makanan-makanan rare masa mengandung. Kalau nak sekalipun, tunggu lepas bersalin ya.
Jgn guna alasan MENGIDAM utk makan shushi atau telor separuh masak atau benda2 rare.
Baby πŸ‘ΆπŸ» tu takdanya air liur meleleh kalau ibu tak dpt makan mende2 yang dia ‘mengidam’ tu.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...