Thursday, February 8, 2018

8 Makanan Yang Boleh Menurunkan Aktiviti Otak Jika Diambil Secara Berterusan

8 makanan yang boleh menurunkan aktiviti otak jika diambil secara berterusan
Otak mempunyai peranan penting untuk manusia. Dari organ ini terdapat banyak sel-sel saraf dengan berbagai fungsi saraf untuk mengatur seluruh tubuh. Banyak fungsi penting diatur di otak termasuk seluruh sistem saraf. Selain itu, organ ini juga mempunyai fungsi besar dalam mengatur pemikiran serta fungsi belajar. Otak juga merupakan cerminan mental dan perilaku seseorang. Oleh itu kita perlu menjaga dengan memastikan nutrisi yang baik dan cukup untuk otak. Ikuti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar tentang 8 makanan yang boleh menjejaskan fungsi otak jika diambil secara berterusan.
KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?

8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.

PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.

PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.

Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.

Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.

#DrOtak
#neuroversiti

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...