![anda ada tabiat suka simpan barang lama atau terpakai? ini 5 kesan buruk terhadap diri dan mental anda](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/3748770_orig.jpg)
Mesti ramai di antara kita yang gemar menyimpan barang berlebihan kerana mahu berjimat atau sayang nak buang kerana barang itu mempunyai sentimental value.
Tahukah anda sikap begini boleh menyebabkan suasana yang serabut malah boleh menjejaskan keselesaan di sesuatu tempat itu serta ini merupakan ciri-ciri penyakit mental ataupun hoarding disorder seperti yang dilaporkan oleh Psychology Today.
Ini 5 kesan buruk jika anda gemar menyimpan banyak barang.
1. Suasana Yang Boleh Menyebabkan Mudah Rasa Tertekan
Bila dah simpan banyak barang dan mungkin ada yang beranggapan boleh jimat dan tak perlu keluarkan duit lagi untuk beli barang baru tapi hakikatnya tersimpan selama 4-5 tahun disitu dan tak pernah digunakan langsung. Padahal rumah adalah ruang untuk kita merehatkan diri dan menenangkan fikiran selepas seharian bekerja.
Bila barang terlalu banyak, kita tidak akan selesa serta memburukkan pemandangan dan boleh mendatangkan tekanan.
2. Kerap Lapar dan Makan Secara Berlebihan
Suatu kajian telah dilakukan dan ianya membuktikan masalah ini sebagai punca untuk kita makan secara berlebihan. Malah, kita juga cenderung untuk memakan makanan ringan yang sangat tidak elok untuk kesihatan tubuh badan kita.
3. Kurang Produktif
Timbunan barang yang bersepah boleh menganggu minda serta menyebabkan kita menjadi kurang produktif manakala persekitaran yang tersusun pula merupakan faktor utama untuk seseorang itu menjadi lebih produktif.
4. Mudah Nyanyuk
Persekitaran yang serabut dan tidak teratur boleh menyebabkan minda kita terjejas dan salah satu punca utama kepada nyanyuk pada usia tua.
5. Selalu Mengasingkan Diri
Orang yang suka mengumpul barang ini sehingga menjadikan tempat itu bersepah dan serabut suka mengasingkan diri dan tidak mahu orang lain menyentuh barang mereka.
No comments:
Post a Comment