Tuesday, February 27, 2018

Dari Kelantan, Pulau Pinang Ke Johor Bahru, 5 Tempat Mesti Singgah

Kredit gambar utama: Shutterstock
Dah penat bekerja, sekali sekala ingin bercuti untuk tenangkan fikiran dan luangkan masa dengan keluarga. Dari Selatan, ke Utara dan ke Pantai Timur... Tak perlu susah-susah nak research, kami kongsikan 5 lokasi yang anda mesti pergi. Selain beraktiviti, bolehlah merasai makanan popular tempat-tempat ini!

Bentong

dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: Lemang Toki/Facebook
Dari Kuala Lumpur bolehlah singgah ke Bentong untuk bersarapan di Lemang To'ki. Kedai makan ini dibina daripada kayu, pemandangannya pula menghadap sungai. Selain lemang dan rendang ayamnya yang sedap, ayam panggang yang dibakar secara tradisional antara yang mesti dicuba.
Tak jauh dari Lemang To'ki, ada Air Terjun Chamang... Bolehlah piknik sambil nikmati keindahan alam. Penggemar durian pula tak boleh lepaskan durian Bentong. Rasanya lemak, pasti teringat-ingat. Tapi pastikan anda datang pada musim durian ya.

Kota Bharu

dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: Shutterstock
Kelantan bukan sahaja banyak tempat makan best seperti Nasi Ulam Cikgu dan Nasi Kak Wook, tak sah kalau tak cuba nasi kerabu, nasi berlauk, roti titab, teh beng dan nasi dagang kalau datang ke Kelantan. Selain Pasar Siti Khadijah, bolehlah ke Rantau Panjang kalau nak cari kain baju, cenderamata, periuk belanga, pinggan mangkuk dan set tilam pada harga murah.
dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: Discovering Kelantan
Nak ambil gambar feeling-feeling Korea pun boleh, singgah je Pantai Senok di Bachok. Bolehlah ambil gambar persis Pulau Nami berlatar belakangkan ratusan pokok ru.  

Pulau Pinang

dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
 Kredit: Shutterstock
Dari Kelantan turun ke Pulau Pinang yang sinonim dengan cendol, pasembor, jeruk buah pala dan mural jalanan. Ada lebih 50 mural di sekitar bandar. Taman Rama-Rama Entopia, Bukit Bendera dan Taman Negara di Tanjung Bungah antara yang mesti dikunjungi.

Ipoh

dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: Shutterstock
Tak sah kalau tak singgah Ipoh. Ada yang sanggup ke Ipoh semata-mata untuk Nasi Ganja atau Nasi Vanggey, ada juga kerana terbayangkan Mee Kicap Daud Mat Jasak.
dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: Shutterstock
Tak kurang juga yang ke Ipoh untuk rasai tarikan terbaharu, Movie Animation Park Studios (MAPS). Bolehlah singgah Gua Tempurung untuk lihat stalaktit dan stalagmit dan lakukan aktiviti sukan air. Peminat barangan antik tentu tak lepaskan peluang ke Memory Line @ Loken (Pasar Karat) Ipoh yang jual pelbagai barangan lama, edisi terhad!

Larkin

dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Kredit: mSTAR
Banyak lokasi tarikan dan makanan di Johor. Kalau anda mencari di sekitar Larkin, singgah je di kawasan Medan Selera Bomba Larkin untuk nikmati kacang Pool di Restoran Kacang Pool Haji. Boleh juga try lontong goreng dan lontong kering.
Tapi kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dah alang-alang ke Johor jomlah shopping barangan berjenama di JPO. Paling tidak pun, boleh bawa anak-anak ke taman tema dan taman tema air seperti Lego Land, Hello Kitty Land, Thomas Town, Sanrio Hello Kitty Town, Austin Height Water Park dan Angry Birds Activity Park.
Ingin percutian mampu milik, rileks dan tak perlu drive?  Pilih je Ekspres Perdana, pengangkutan awam bas ekspres terbaik di Malaysia yang telah menerima Anugerah Best Operator dua tahun berturut-turut (2016 & 2017) dan Anugerah Best Customer Service 2017 daripada SPAD.
dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Ekspres Perdana dikenali dengan bas berwarna-warni dengan nombor plat ribu-ribu. Bas ni memang selesa dengan tempat duduk VIP SEAT 2 + 1 untuk memberi ruang kaki yang lebih besar dan setiap satunya dilengkapi kemudahan mengecas telefon. Lagi best, WIFI turut disediakan untuk kemudahan penumpang melayari internet.
Anda tak perlu risau, para pemandu bas bukan sahaja sihat, bebas dari dadah tetapi semuanya tidak melebihi usia 60 tahun. Bas juga baru, tak lebih 5 tahun dan dipasang GPS lengkap dengan “speed-limiter” untuk menghadkan kelajuan maksimum 90km/j.
dari kelantan, pulau pinang ke johor bahru, 5 tempat mesti singgah
Pilih je mana nak pergi, hampir setiap negeri dilalui Ekspres Perdana ni. Dari Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Pulau Pinang, Perlis, Larkin, Kajang, Putrajaya, Nilai dan Shah Alam dengan kekerapan perjalanan dua kali sehari.
Anda juga boleh memohon kad keahlian dengan yuran sebanyak RM10 sah seumur hidup untuk mendapatkan diskaun harga untuk setiap tiket yang dibeli. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut! Ekspres Perdana selamat dan selesa, pilihan utama, InsyAllah.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...