Satu pasangan suami dan isteri di Amerika Syarikat telah mencipta sebuah alat permainan yang dicipta khas bagi mereka yang obses dengan memicit jerawat. Pasangan ini mencipta alat mainan tersebut kerana ingin mengurangkan obsesi terhadap perlakuan buruk itu.
Permainan yang diberi nama Pop It Pal ini sangat berguna kepada mereka yang obsess memicit jerawat. Pengguna hanya perlu menekan pada kepingan silicon tersebut untuk mengeluarkan nanah.
Billy dan Summer mencipta permainan ini kerana taksub melihat jerawat yang telah dipicit keluar. Permainan ini mempunyai 15 lubang jerawat dan nanah yang boleh diisi semula.
Pop It Pal ini dijual pada harga RM120 di laman web mereka.
Sumber dari Astro Awani
No comments:
Post a Comment