Thursday, February 15, 2018

Singgah Muar Memang Tak Sah Kalau Tak Rasa 7 Makanan Legend Ni!

Anda pernah jejakkan kaki di Muar? Pernah rasa makanan legend ni? Sambil-sambil nikmati keindahan Bandar Terbersih Di Asia Tenggara ni bolehlah pekena semangkuk dua makanan famous Orang Muo ni.  

#1 Mee Siput

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: Everyday Food I Love
Rupanya seperti mee sanggul, tetapi mee siput tidak diguna dalam masakan. Goreng je mee siput hingga kembang, makan dengan sambal tumis pedas manis... memang padu! Anda boleh beli yang dah siap goreng atau beli yang belum digoreng, dan buat sendiri sambal. Memang tak toleh kanan kirilah!

#2 Asam Pedas

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: Hungry Go Where
Asam Pedas Mak Pon dan Asam Pedas Pak Yahya di Parit Jawa antara yang famous. Tapi kalau anda sekadar mencari asam pedas di tengah bandar Muar, Asam Pedas Kak Nab di kawasan Bomba Muar pun tak kurang hebatnya. Gerai ni dibuka bermula jam 12 tengah hari. Kalau nak rasa kenalah datang awal, kalau tidak seawal jam 1 dah tinggal kuah. Berbeza dengan tempat lain, asam pedas Muar hanya menggunakan bahan asas. Jadi jangan hairan jika tiada sayur bendi, tomato mahupun terung.

#3 Sate

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: Orang Johor
Sate Muar memang istimewa dan terkenal untuk sarapan pagi. Banyak gerai sate yang boleh anda pergi di area bandar Muar. Kalau hujung minggu, sebaiknya datang awal supaya tidak perlu menunggu lama. Datang Muo tak perlu sarapan nasi lemak, order je sarapan popular ni. Selain sate, anda boleh bersarapan mee rebus, soto, mee bandung dan lodeh!

#4 Kopi 434

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: Kopi 434
Ni memang kopi signature Muar. Kopinya pekat dan aromanya memikat. Anda boleh bawa balik kopi 434, bancuh je dengan gula perang, memang terangkat!

#5 Mee Bandung

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: VKeong
Rasa manis udang segar, udang kering dan daging menjadikan mee bandung Muar lain daripada yang lain. Jangan terpedaya dengan mee bandung lain yang hanya menggunakan tepung jagung atau keledek, mee bandung Muo menggunakan biskut sebagai bahan pemekat. Antara lokasi mee bandung terbaik seperti Mee Bandung Abang Sayang di 'bus stand' Pagoh, Restoran Manisah di Parit Bulat, Warung Murtabak Tanah Melayu di kawasan kilang ST, Mee Bandung Central dan Mee Bandung Abu Bakar Hanifah di Jalan Abdullah.

#6 Apam Balik Jepun

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: Facebook Muar Shop Apam Balik - Pakcik Noh
Ni bukan apam balik inti jagung dan kacang tu, tetapi apam balik Muar yang mesti anda cuba berbentuk bulat dan berinti kacang merah yang terletak di Jalan Sulaiman, tidak jauh daripada Traders Hotel. Ada juga yang panggil apam balik ni, apam dorayaki. Gerai apam balik ni dibuka tengah hari. Jika lambat, memang tak dapat!

#7 Nasi Ayam Berlada

singgah muar memang tak sah kalau tak rasa 7 makanan legend ni!
Kredit: stormz-iylia.blogspot
Selalu kita dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan, tetapi di Muar anda boleh mencuba nasi ayam berlada dan nasi goreng ayam berlada. Memang lain daripada yang lain. Cukup mudah untuk mendapatkan nasi ayam berlada ni. Selain pasar malam, makanan ini ada dijual di Medan Selera Jalan Sulaiman, Warung Besi Jalan Meriam atau Medan Selera Stesen Bas Bentayan.
Apa lagi? Jomlah rancang percutian ke Muo hujung minggu ni. Memang tak rugi!

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...