Bulan Ramadan sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada
membeli belah di bazaar untuk berbuka, ataupun persiapan perayaan yang
sering disambut dengan gilang-gemilang.
Dalam keghairahan serta keseronokan menyediakan persiapan itu, kita
terlupa bahawa kita telah melakukan pembaziran. Ikuti perkongsian dari
saudara Amir Syahir tentang tips memperbaiki kewangan sendiri di bulan
ramadan.
Tips Membaiki Kewangan Sendiri Dalam Bulan Ramadhan
***************************************************
Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Nak
membaiki diri sendiri sangat susah jika tabiat buruk sudah sebati dalam
diri. Misalnya tabiat berbelanja dengan boros.
Bulan Ramadhan ni elok untuk kita berubah. Perubahan tak semestinya
perlu berlaku secara drastik kan. Mulakan secara perlahan-lahan. Tapi
perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap minggu tanamkan azam
untuk berubah.
Dalam masa sebulan ni, cuba kau praktikkan benda di bawah ni. Antaranya,
***
Minggu Pertama :
Minggu pertama kau boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri
sendiri. Sekurang-kurangnya kau orang tahu aliran duit keluar masuk.
Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi,
dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada
perbelanjaan berikutnya.
.
.
Minggu Kedua :
Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga. Teliti
dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je.
Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada
kita. Jadilah pengguna yang bijak.
.
.
Minggu Ketiga :
Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak
perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit.
Gunakan bakul je. Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam
bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa
berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya tiada
penyesalan di masa depan.
.
.
Minggu Keempat :
Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali
berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. 10
sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan
aplikasi yang kau mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang kau.
Ikut segala peruntukan bajet belanja kau, Tak guna ada telefon pintar
kalau kau malas nak buat bajet. Paling simple kau buat group dekat
WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.
***
Tips bonus urus kewangan :
1. Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan
sekali sahaja. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast
food ni.
2. Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan
dengan cara ni. Rasa excited bila tengok tabung dah mula penuh dengan
duit berwarna. Tak percaya, kau cubalah.
3. Kurangkan kehendak. Tangguhkan kehendak dan jangan berhutang demi
kehendak. Mungkin sebelum-sebelum ni, kau tak dapat kawal diri kan nak
beli itu ini. Kalau rasa kasut masih elok, tak payah beli yang baru.
Prinsip gua, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan tiap-tiap
buka dompet serupa tumbuk bawang je.
4. Semak semula perbelanjaan kau. Baiki mana yang kurang. Kiraan kos
diluar jangka. Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah
bersedih orang lain dah kaya, hidup senang. Yakinlah kita berusaha
mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting
perubahan.
5. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Jika makan diluar, pilih restoran biasa.
6. Belajar tutup lampu / air jika tidak digunakan. Baiki setiap paip
yang bocor. Kau akan jimat nanti. Kalau kau sekeluarga duk lepak ruang
tamu, tutuplah air cond dalam bilik tu.
7. Berhenti beli majalah pasal artis. Kau je nak tahu cerita artis.
Sedangkan artis kesayangan kau tak kisah dan tapeduli ke kau pun.
***
Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan. Jika kau orang gagal
untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh,
sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Kah!
Boleh share jika manfaat. Terima Kasih ya.😄
[ASY]
#AmirSyahir
No comments:
Post a Comment