Wahhh! Mesti anda kecur melihat gambar kat atas ni kan? Haa mungkin ramai di antara anda selalu dengar tentang Shell Out tapi tidak tahu tentang identiti mereka.
Mula ditubuhkan pada tahun 2013, Restoran Shell Out menyambut ulang tahun kelima tahun ini. Restoran Shell Out juga sudah mempunyai 6 buah cawangan di Malaysia dan telah membuka cawangan baru di Taiwan 25 Mei lalu.
Ramai yang ingat hidangan ‘Shell Out’ ini adalah nama masakan tetapi sebenarnya nama tersebut adalah jenama yang dicipta oleh pengasasnya.
Bagi yang masih belum mencuba hidangan Shell Out, ini kami berikan 4 sebab kenapa anda patut menikmati hidangan mereka di cawangan berdekatan anda!
#1 Kepuasan Maksima
Unik dan sangat sesuai untuk makan bersama ahli keluarga. Hanya sarungkan bib yang disediakan untuk pelanggan dewasa dan kanak-kanak. Anda boleh nikmati makanan laut dengan kepuasan maksima bila makan menggunakan tangan tanpa perlu risau pakaian kotor terpercik sos atau makanan laut.
#2 Sos Asli Shell Out
Sebut sahaja Shell Out, automatik terus dapat bayangkan hidangan makanan laut yang dihidangkan di atas meja kan? Kalau anda nak tahu, rasa dan keaslian sos hanya terdapat di Restoran Shell Out sahaja. Ada sos Black Pepper, Butter Garlic, Curry Curry, Golden Bang, Lemon Pepper dan yang paling popular Shell Bang.
#3 Menjanjikan Yang Segar Sahaja
Semua hidangan yang dihidangkan adalah makanan yang segar sahaja untuk anda!
#4 Pengalaman Makan Yang Pasti Menarik
Cuba bayangkan anda dilimpahkan dengan makanan laut yang segar di depan mata? Pasti seronok kan rasa? P/S: Semuanya dijanjikan bersih ya walaupun dilambakkan atas meja.
Haaaa... Ada sesiapa yang terliur tak semasa baca ni? Jom cepat singgah Restoran Shell Out dan nikmati sendiri pesta makanan laut anda!
No comments:
Post a Comment