Saturday, June 2, 2018

Kisah Ali Banat Menyentuh Jiwa, Siapa Sebenarnya Dia Ni?

" Sebagai pedoman, kami kongsikan kepada anda kisah Ali Banat selepas beliau dikesan menghidap kanser. Lihatlah apa yang sempat beliau lakukan sebelum pergi......"
'Ali Banat, The Man ‘Gifted With Cancer’
kisah ali banat menyentuh jiwa, siapa sebenarnya dia ni?
Ali Banat, lahir dan membesar di Sydney, Australia. Diusia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.
Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya didiagnosa kanser, dan peluang untuk terus hidup dijangka tinggal beberapa bulan sahaja. Walau air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya.
Ujian itu menyedarkannya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk mengejar keseronokan dan mengumpul wang ringgit. Tetapi sebagai manusia, nilai hidupnya harus lebih daripada itu.

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang perlu dibantu.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...