Saturday, June 2, 2018

6 Cara Deko Rumah Supaya Tetamu Terus ‘Melekat’ Di Rumah Anda

Kredit gambar utama: Shutterstock
Nak raya ni macam-macam yang kena buat. Bukan sahaja kena pastikan rumah kita telah sedia untuk menerima kunjungan tetamu, tetapi kena pastikan juga pakaian seisi keluarga telah lengkap dan sampul serta duit raya dah diasingkan siap-siap.
Ada yang belum mulakan langsung persiapan raya? Tak tahu teknik untuk pastikan rumah anda dalam keadaan tip top? Jom tengok checklist ni.

#1 Biskut & Kek Raya

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Tak lengkap pula kalau tiada biskut raya atas meja. Selain biskut raya beraneka jenis, anda boleh sediakan kek yang disusun kemas di dalam bekas yang cantik. Pastikan juga anda deko meja kuih dengan alas meja bersih serta beberapa pasu bunga kecil.

#2 Hiasan Landskap

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Jika sebelum ni halaman serta koridor rumah anda kosong, apa kata tahun ni hiaskan dengan pasu cantik, pokok-pokok kecil dan lampu lip lap. Ada berbagai design dan saiz lampu luar yang boleh anda pilih.    

#3 Hiasan Raya

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Bosan juga jika setiap kali raya rumah kita kelihatan sama. Apa kata ubah sedikit mood dengan meletakkan aksesori tambahan seperti pasu dan gaya gantungan langsir berbeza. Anda boleh hias satu sudut rumah untuk dijadikan sudut berfoto dan hiaskan dinding kosong dengan framegambar serta wallpaper.

#4 Set Minuman & Pinggan Mangkuk    

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Jom tengok set minuman dan pinggan mangkuk di rumah tu, masih elok ke untuk dihidang kepada tetamu dan cukup ke tidak untuk tampung tetamu yang ramai? Ha, sudu, garfu, dulang dan senduk pun jangan lupa ya. Pastikan semuanya tersedia

#5 Hiasan Tudung & Baju

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Baju raya dah siap? Bagaimana pula dengan aksesori diri seperti kerongsang, pin tudung atau aksesori rambut?

#6 Pastikan Rumah Dalam Keadaan ‘Tip Top’ 

6 cara deko rumah supaya tetamu terus ‘melekat’ di rumah anda
Selain memastikan rumah bersih, paip dalam keadaan elok dan singki tidak tersumbat, anda boleh menghias rumah bahagian dalam rumah dengan sudut khas dekorasi raya yang boleh dijadikan sudut bergambar. Letakkan lampu lip lap, gantungan ketupat beraneka warna serta kad raya untuk membangkitkan mood raya.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...