Mesti ada yang beranggapan kalau nak buat kuih raya ni mesti perlukan oven kan. Menerusi perkongsian dari Facebook Puan Irhana Carnella, dia berkongsikan cara untuk membuat atau membakar kuih raya tanpa memerlukan gas iaitu hanya dengan menggunakan dapur gas di rumah anda. Ikuti perkongsian menarik ini.
1. Anda boleh menggunakan pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat dalam 20 ke 25 minit.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut
Siapa cakap tak ada oven tak boleh buat kuih raya. Itu semua alasan, yang penting kena rajin.
Kredit Facebook Irhana Canella dan Vitdaily
No comments:
Post a Comment