Kredit gambar utama: Pexels
Orang sekarang berniaga tak macam dulu. Dulu kena buka kedai, ketuk rumah ke rumah dan urusan jual beli semua guna tunai. Peniaga sekarang gunakan medium pemasaran digital, semuanya di hujung jari, sambil-sambil scroll Facebook dan Instagram pun boleh post di media sosial. Tak pelik dah walau masih bersekolah tetapi sudah ada pendapatan sendiri beratus ribu ringgit!
Korang pun boleh je dapat pendapatan 5 ke 6 angka setahun jika tahu caranya. Paling penting kena ada smartphone dengan internet. Lepas tu kenalah download apps yang best ni supaya post korang dapat banyak likes dan korang tak perlu menghadap telefon 24 jam.
Apps ni bukan sahaja untuk schedule dan cantikkan gambar, tetapi korang boleh buat video, manage duit keluar masuk dan buat logo. Nak guna pun senang. Lepas ni jangan nak bagi alasan tak tau lagi, ye?
#1 Hootsuite
Dengan apps ni, korang boleh schedule post di Facebook, Instagram, Twitter dan di 33 media sosial yang lain. Korang juga boleh monitor post, komen, review dan approve content yang disediakan staff, sebelum post.
#2 Buffer
Satu lagi apps popular yang digunakan untuk schedule post dan update Twitter, Facebook, Google+, LinkedIn, Pinterest dan Instagram sehingga 2,000 post. Dengan apps ini korang boleh beri staff korang akses dan boleh check content.
#3 Pages Manager
Kredit: Top Best Alternatives
Korang ada banyak page nak manage? Selalu tersalah reply komen di Facebook menggunakan akaun sendiri? Korang memang kena install apps ni. Dengan apps ni, korang boleh dapat notification segera dan boleh balas komen dan likes di beberapa page yang korang managetermasuk di Instagram. Boleh pantau perkembangan biz dan boleh post update dengan mudah!
#4 Toshl
Tidak kisahlah korang guna online banking daripada mana-mana bank pun, korang kena ada apps ni. Iyalah, apps rasmi bank tu hanya untuk transaksi dan tengok baki sahaja tetapi dengan apps ni korang boleh tau apa yang telah dicatat dan dirancang. Apps ni akan kira total income terkini, boleh eksport data income dan expensesdalam format excel serta pdf. Bolehlah tau berapa banyak baki yang tinggi untuk korang 'joli katak'!
#5 Canva
Korang boleh design macam-macam gambar dengan pelbagai gaya dan size secara online dengan sangat mudah. Beribu gambar HD yang FREE boleh digunakan. Korang boleh buat infografik, name card, logo collageserta flyers dan tukar sendiri teks, background, tambah gambar, shapes dan ikon. Apps ni memang senang digunakan!
#6 Meitu
Macam-macam yang boleh korang buat dengan apps ni. Bukan sahaja untuk cantikkan gambar, tambah teks dan blur kan background, tetapi korang boleh edit supaya kulit nampak flawless, gigi lebih putih, buang parut serta jerawat, besarkan mata dan jadikan gambar korang lebih kurus serta tinggi dalam beberapa klik!
#7 IMovie
Orang yang berbiz perlukan apps ni untuk buat video mudah dan percuma. Dengan apps ni korang boleh edit video dan suara. Memang nampak pro!
Jika sebelum ni korang hanya gunakan Telegram, Whatsapp, Messenger dan Instagram, nilah masanya korang install apps ni untuk rancakkan lagi sales dan bantu promote biz.
No comments:
Post a Comment