Kredit: Pexels
Menurut laporan Bernama, Malaysia mempunyai kadar tertinggi penghidap diabetes di Asia dan antara yang tertinggi di dunia. Seramai 2.5 juta golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas mempunyai diabetes dan lebih menakutkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap penyakit diabetes Type 2 sehinggalah kena serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, buta dan terpaksa dipotong kaki.
Sejauh mana korang tahu tentang penyakit ini? Jom betulkan salah faham yang common ni.
#1 Diabetes penyakit orang tua
Tidak! Diabetes merupakan penyakit kronik yang kerap dihidapi kanak-kanak dan anak muda. Terdapat kes kanak-kanak seawal usia 4 tahun, ada juga seawal usia 6 tahun menghidap diabetes Type 2 dan tidak kurang juga yang baru lahir dengan masalah yang sama kerana mewarisinya daripada ibu.
#2 Yang kurus tu sihat, orang gemuk je selalu ada diabetes.
Tidak dinafikan mereka yang berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami diabetes kerana orang gemuk ni selalu dikaitkan dengan pengambilan makanan tinggi lemak, kurang serat, kurang bersenam dan sukakan makanan manis. Tetapi orang kurus atau kurang berat badan pun tidak terkecuali ya. Mereka yang berlebihan berat badan tu, jika secara tiba-tiba berat badan menyusut drastik jangan happy lompat bintang ya. Korang mungkin menghidap kencing manis.
#3 Diabetes Type 2 Tiada Tanda
Diabetes Type 2 selalu dikatakan sebagai pembunuh senyap tetapi hakikatnya ada beberapa tanda yang boleh korang kesan, tetapi tanda ni selalu tak diambil endah. Antaranya sering haus walaupun dah minum banyak air, kerap buang air serta kerap letih dan lapar.
#4 Mereka yang ada diabetes tidak boleh ambil gula dan hanya makan makanan khas diabetes
Penghidap diabetes boleh ambil gula tetapi dalam kuantiti kecil. Sebaiknya makan makanan seimbang, suku suku separuh.
Korang ada simptom-simptom diabetes? Jika tidak pasti, periksalah paras gula dalam darah atau berjumpa doktor. Ya tiada tu pun, jangan ambil mudah pemakanan harian. Amalkan diet seimbang dan bertukarlah gaya hidup aktif.
No comments:
Post a Comment