Friday, August 17, 2018

7 Cara Nak Mulakan Simpanan Dengan Mudah

7 Cara Mudah Nak Mulakan Simpanan 
****************************************

Zaman serba canggih ni, serba serbi nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar. Kalau kau tak pandai uruskan kewangan, memang kau tak dapat nak menyimpan. Tapi itu bukan alasan untuk kau tak menyimpan.
Kau kena la usaha. Cari jalan macam mana nak menyimpan. Jom baca 7 tips nak tingkatkan tabung simpanan :
***
1. Analisa Kewangan Peribadi
Kau analisa balik perbelanjaan bulanan sebelum ni. Selidik dekat mana kebocoran wang berlaku. Berapa kos sara hidup, berapa belanja makan sebulan. Berjimat cermat dan potong perbelanjaan yang tak patut.
.

2. Do It Yourself
Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli serbuk kopi kat pasar raya tu. Tak payah pergi kedai kopi hipster. Fikir dulu, boleh tak kau buat sendiri sebelum upah orang ataupun guna perkhidmatan orang lain.
.

3. Buat Perbandingan
Tak boleh belanja sesuka hati. Belanja apa yang perlu je. Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang. Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata kau.
Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal. Barang mahal tak semestinya bagus dan barang bagus tak semestinya mahal.
.

4. Jangan Berhutang Yang Tidak Perlu
Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Kau tapayana berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.
.

5. Kurangkan Makan Di Luar
Kalau rajin elok makan dekat rumah je. Masak sendiri. Beli ayam segar boleh makan dua hari. Paling senang goreng telur dan masak nasi. Lepas tu upgrade sikit masak ayam goreng. Lama-kelamaan kau dah pandai masak sup, tomyam dan ayam pedas. 
.

6. Hidup Di Bawah Kemampuan
Hidup di bawah kemampuan ni bukan buat diri kau hina puh. Biarlah pergi pasar raya pakai selipar pun. Biarlah pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa. Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai tapi simpanan RM2K pun takde. 
.

7. Mulakan Pelaburan
Mulakan melabur 10% daripada duit kau di tempat yang sesuai. Boleh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera ataupun unit amanah yang lain.
***
Apa-apa pun, ilmu itu penting. Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti. Ini duk baca novel je. Baca fakta anak bongsu la, baca pasal artis kahwin la. Pesen suka baca yang tak berfaedah. Kah!
SHARE l TAG jika bermanfaat 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...