Populasi penduduk di Malaysia dijangka bertambah sebanyak 400,000 kepada 32.4 juta orang, tahun ini.
Menurut Jabatan Statistik, jumlah penduduk wanita di negara ini juga bertambah dan hanya mempunyai perbezaan sebanyak 1 juta orang berbanding penduduk lelaki.
“Populasi lelaki di negara ini adalah seramai 16.7 juta manakala wanita pula seramai 15.7 juta”, kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, ketua statistik negara.
![beza bilangan lelaki dengan wanita di malaysia kini hanya 1 juta](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/july-18/38186268_1958885254133085_5410108911061565440_n.png)
Daripada jumlah tersebut, nisbah lelaki kepada wanita adalah seramai 107 lelaki bagi setiap 100 wanita.
Selain itu, penduduk yang berusia 15 sehingga 64 tahun juga meningkat sebanyak 0.1% untuk tahun 2018.
No comments:
Post a Comment