Buat mereka yang sering menggunakan email dalam kehidupan seharian, anda akan mendapati tempoh untuk menghantar dan menerima email adalah lebih lambat daripada perkhidmatan pesanan ringkas seperti Whatsapp, Direct Messages dan lain-lain yang sama sepertinya.
Kenapa ia terjadi?
Sebab utama kenapa email jauh lebih lambat untuk sampai kepada penerima adakah kerana email perlu melalui beberapa server terlebih dahulu. Email perlu disambung dengan server sebelum boleh dihantar kepada penerima. Begitu juga dengan penerima, ia perlu disambung dengan server terlebih dahulu sebelum boleh menerima email yang dihantar.
Selepas disambung dengan server, ia akan disemak terlebih dahulu (check virus, spam, dll), sebelum melalui beberapa peringkat untuk sampai kepada penerima.
Berbeza dengan mesej segera seperti Whatsapp, perkhidmatan ini hanya memerlukan sambungan terus antara penghantar dengan penerima, tanpa perlu melalui peringkat seperti yang digunakan email.
Sumber: ScienceABC
No comments:
Post a Comment