Monday, September 24, 2018

Jangan Tinggalkan 5 Rutin Ini Kalau Nak Badan Sihat

Semua orang nak badan sihat, kan? Badan yang sihat memerlukan sedikit usaha. Jadi, ada beberapa benda yang anda perlu lakukan. Mana ada benda yang datang bergolek, kan? Alah, tak susah pun untuk dapatkan badan yang sihat. Yang penting usaha dan kerajinan.
Maka, ini 5 rutin ini yang anda boleh lakukan untuk dapatkan badan yang sihat.

#1 Lakukan pemeriksaan kesihatan sekerap yang mungkin

jangan tinggalkan 5 rutin ini kalau nak badan sihatKredit: Pexels
Yang ni semua orang selalu ambil ringan. Seeloknya lakukan pemerikasaan kesihatan sekerap yang mungkin. Paling kurang 2 kali setahun. Dengan pemeriksaan ni, baru lah kita boleh tahu tahap kesihatan badan kita.

#2 Go offline!

jangan tinggalkan 5 rutin ini kalau nak badan sihat
Kredit: Pexels
Zaman sekarang ni, handphone tu dah boleh kira sebagai kawan yang paling rapat. Boleh dikatakan hampir setiap masa menghadap skrin telefon. Haaa, aktiviti macam ni sebenarnya tak berapa nak sihat. Sekali sekala kita perlu rehatkan minda daripada menghadap skrin telefon dan alat peranti yang lain. Macam-macam benda lain lagi boleh kita buat seperti baca buku, panjat gunung dan masuk hutan.

#3 Beriadah

jangan tinggalkan 5 rutin ini kalau nak badan sihat
Kredit: Pexels
Ramai je yang tahu benda ni tapi tak ramai yang buat. Seelok-eloknya lakukan riadah 30 minit sehari. Paling kurang pun jalan je selama 30 minit. Yang penting, badan keluarkan peluh untuk buang benda-benda kotor dalam badan.

 

#4 Amalkan diet yang seimbang

jangan tinggalkan 5 rutin ini kalau nak badan sihat
Kredit: pexels
Sebenarnya yang paling penting dalam menjaga kesihatan adalah pemakanan. Kalau anda makan makanan yang sihat maka jasmani dan rohani anda juga akan sihat. Jadi, mulai sekarang kawal pemakanan anda dengan mengambil makanan yang sihat.

#5 Sentiasa ceria dan gembira

jangan tinggalkan 5 rutin ini kalau nak badan sihat
Kredit: pexels

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...