Thursday, September 13, 2018

PDRM wujud laman web semak peniaga online



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail, berkata portal khas itu bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
"Portal ini adalah inisiatif JSJK dan diilhamkan sendiri oleh Pengarah JSJK Datuk Acryl Sani bagi membantu orang ramai agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa penipuan terutamanya apabila membabitkan transaksi wang menggunakan akaun bank.
"Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.
"Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Ahmad Noordin, walaupun portal berkenaan masih di peringkat percubaan, namun ia sudah mempunyai 47,000 pelawat dengan 25,000 carian akaun bank dibuat oleh pelayar internet.
"Portal itu baru dilancarkan beberapa hari lalu dan masih dalam tempoh percubaan untuk kita melihat sebarang kekurangan.
"Ia akan ditambah baik dari masa ke semasa sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah JSJK Bukit Aman sendiri dalam tempoh terdekat," katanya lagi.
Untuk orang ramai yang mahu membuat semakan, portal terbabit boleh dicapai di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...