Wednesday, September 12, 2018

Menu Sarapan Awesome Yang Menggunakan Susu!

Kredit imej:  pixabay.com
Sarapan pagi adalah antara rutin paling penting untuk semua orang kerana ia memberikan sumber tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Namun begitu, kadang - kala mesti kita penat fikir sebab tak ada idea nak buat sarapan apa kan? 
Ini kami kongsikan idea menu sarapan mudah yang anda boleh buat sendiri kat rumah!
menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Roti Telur Gebu

Bahan - bahan
  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung serbaguna
  • ½ cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh
  • ½ sudu the serbuk kayu manis
  • ½ sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Mentega secukupnya.
Penyediaan
  • Campur semua bahan diatas kecuali roti dan mentega kemudian rendamkan roti. 
  • Panaskan kuali dan letakan mentega.
  • Masukkan roti sehingga keperangan dan hidangkan.

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!Omelet Keju

Bahan - bahan
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh
  • ¼ cawan keju yang dipotong dadu
  • ½ ulas bawang dipotong dadu
  • ½ batang cili merah dihiris halus
  • ¼ tomato dipotong dadu
  • Sedikit daun bawang dihiris halus
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak atau mentega secukupnya
Cara Penyediaan
  • Pukul telur kemudian campurkan semua bahan di atas kecuali keju dan minyak.
  • Panaskan kuali bersama minyak.
  • Tuangkan adunan tadi dan tunggu sehingga bahagian bawah telur masak sedikit kemudian masukan keju.
  • Tunggu sehingga masak dan hidangkan. 
menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Cokelat Cip Strawberi Pancake

Bahan - bahan
  • 1 cawan tepung serbaguna
  •  ½ cawan susu Chocolate Milk Farm Fresh
  • 1 biji telur ( dipukul dahulu dalam mangkuk lain)
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu cokelat cip
  • Mentega secukupnya untuk goreng
  • Sirap Mapple
  • Strawberi atau pisang
Cara Penyediaan
  • Campur tepung bersama susu kemudian diikuti dengan telur, gula kastor, serbuk penaik.
  • Panaskan kuali bersama mentega.
  • Masukkan adunan pancake anda dan terbalikkan bila ia mula bertukar warna perang.
  • Hidangkan bersama dengan sirap mapple dan juga buah - buahan.

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Smoothie Blueberry Bersama Pisang

Bahan - bahan
2 cawan blueberry beku
  • 1 cawan Skinny Natural Yogurt Farm Fresh
  • 1 biji pisang
  • 1/2 cawan susu Skinny Milk Farm Fresh
  • Ais kiub jika diperlukan
Cara Penyediaan
  • Letakkan blueberry, pisang, yogurt dan susu dalam mesin pengisar.
  • Kisar sehingga mencapai tekstur yang anda inginkan.
  • Tuang ke dalam dua gelas tinggi dan segera dihidangkan. 
menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Salad Buah - Buahan

Bahan - bahan
  •  ½ cawan Strawberi
  • 1 biji Pisang
  • 1 biji Apple
  • ¼ biji Nenas
  • 1 cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh
*Anda boleh guna gabungan buah- buahan pilihan sendiri.
Cara Penyediaan
  • Potong semua buah - buahan di atas mengikut saiz yang anda inginkan
  • Hidangkan di dalam mangkuk bersama susu. 
Terliur tak bila tengok resepi sarapan kat atas ni? Mudah je nak buat semua tau dan boleh siap kurang dari 5 minit je. Jadi lepas ni tak ada alasan untuk tak sempat sarapan ya! 
Untuk hidangan yang lebih sedap dan segar, anda boleh gunakan produk dari Farm Fresh yang merupakan 100% susu segar, tiada bahan pengawet dan pewarna, 100% dispastur atau mana- mana bahan-bahan asing. 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...