Kredit Imej Pixabay.com
Ibadah Umrah atau dikenali sebagai Haji kecil diambil dari perkataan Al-I'timar iaitu (ziarah) merupakan salah satu perkara yang dituntut bagi yang mampu.
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah - Al-Baqarah 196
Sebagai umat islam, sudah tentu kita akan memasang niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Sebelum beribadah semestinya kita akan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk memastikan ibadah kita sempurna.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang sering kita terlepas pandang. Diantaranya ialah :
1. Tidak Membuat Kajian Tentang Cuaca
Merubahan cuaca yang mendadak tanpa kita sedar sebenarnya memberi kesan terhadap kesihatan badan. Tanpa kesihatan yang baik sudah tentu ibadah kita akan terganggu. Dan disebabkan itu, kita harus embuat kajian tentang cuaca supaya kita lebih bersedia dan menyediakan pakaian serta peralatan yang sesuai untuk memastikan kesihatan terjaga.
2. Tidak Membawa Bekalan Ubat Yang Mencukupi
Sediakan payung sebelum hujan - Pepatah yang paling tepat sekali untuk sentiasa bersedia kepada kemungkinan yang akan berlaku. Pastikan anda menyediakan bekalan ubat yang boleh digunakan jika ada sebarang kecemasan berlaku. Antara senarai ubat yang boleh anda sediakan seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit kepala, ubat menghilangkan loya, gastrik, selsema, minyak angin, cirit birit dan sebagainya.
3. Kurang Minum Air Dan Tidak Rehat Secukupnya
Mungkin ramai yang mengambil mudah dalam pengambilan air dan mendapatkan rehat yang cukup. Badan manusia secara semulajadi akan menjadi lemah jika tidak mendapatkan rehat dan air secukupnya. Jika badan lemah secara tidak langsung ibadah kita pasti akan terganggu.
4. Tidak Mendapatkan Suntikan Influenza
Jemaah yang datang dari seluruh dunia membuka ruang kita dijangkiti penyakit. Oleh itu, untuk memastikan kita terhindar daripada dijangkiti wabak merbahaya, anda disarankan untuk mengambil vaksin influenza.
(Video From Youtube)
Vaksin influenza digalakkan untuk jemaah terutamanya yang ada penyakit berikut:
- Pengidap penyakit kronik seperti gangguan ginjal, sakit jantung, gangguan pernafasan, diabetes dan sebagainya.
- Yang ada masalah imunodefisiensi. Senang kena jangkitan.
- Pengidap penyakit metabolik.
- Individu yang mempunyai masalah obesiti.
- Wanita hamil, sebaiknya dapatkan dulu nasihat doktor.
Jadi untuk anda diluar sana yang ingin menunaikan ibadah umrah atau pun haji, jangan lupa untuk semak semula persediaan anda supaya boleh memastikan kesihatan anda pada tahap yang terbaik. Untuk maklumat lanjut boleh layari : www.immunise4life/beattheflu atau www.ifl.my/btf.
Kredit Imej Pixabay.com
No comments:
Post a Comment