Paket kecil berbiji - biji ini tidak asing lagi untuk kita semua, dikenali atau dipanggil silica gel ini mempunyai fungsi untuk menjaga ruangan simpanan supaya tidak lembab sekali gus memastikan kondisi barang anda dalam keadaan baik.
Bukan sahaja boleh didapati pada barangan tetapi bungkusan kecil ini juga kadang - kala boleh dijumpai pada makanan ringan antaranya rumpai laut.
Walaupun ramai yang tidak tahu apakah peranan dan kegunaan silica gel ini, tetapi anda dengan mudah dapat melihat tulis "Jangan Dimakan" dilabelkan pada setiap kantung.
Dipetik pada Times of India, Silica Gel ternyata tidak beracun dan ia digunakan untuk membuat semua benda / ruang menjadi kering atau dengan kata mudahnya berfungsi sebagai alat pengering dan menghindari pertumbuhan kulat.
Jika anda tertelan biji silica tanpa sengaja, jangan panik kerana benda ini tidak beracun dan tidak akan diserap atau dicerna oleh tubuh dan akhirnya akan dikeluarkan ketika membuang air besar.
Namun begitu, bukan bermaksud anda boleh bermain dan makan dengan sesukahati kerana ia bukan lah sejenis makanan.
Gel Silica akan menyebabkan dehidrasi jika tertelan. Dan label 'Jangan Dimakan' dikhususkan untuk anak kecil kerana dikhuatiri akan tersedak.
Olahan Razzlyn Rosli. Kredit Okezone.
Daftar Streamyx, UNIFI, Time Fibre, Line Telefon, Maxis Fibre dan COWAY anda secara online di sini dengan PERCUMA.
Daftar SSPN-i Plus Online
Daftar SSPN-i Plus Online
WhatsApp/SMS: +6019-2595019 |Email : chulax12[@]gmail.com
No comments:
Post a Comment