Sumber www.impiana.my
Kipas berbunyi ?? Konfem bising kan ?? Ish nak tido pun tak boleh, tapi korang jangan risau, apa kata cuba baiki dengan cara mudah mengikut perkongsian Hadi Mamat ni , ini penyelesaian untuk masalah kipas yang berbunyi okay !
1. Langkah pertama korang kena buat, tutup dahulu suis kipas. Pastikan 1 jam kipas tak berjalan atau pusing untuk memastikan bahagian enjin tidak panas sangat. Nak lebih selaamat, korang pakai sarung tangan okay ! Sebagai tanda amaran dekat orang lain, korang duct tape bahagian suis untuk mengelakkan orang lain ter ON suis kipas ni..
2. Korang kena cabut semua wire elektrik yang bersambung dengan supplier
3. Korang buka bilah kipas untuk memudahkan korang buat kerja sama ada untuk turunkan mahupun pasang semula.
4. Pastikan korang cabut safety table
5. Korang buka skru penutup bahagian kepala kipas
6. Kemudian korang letak minyak hitam yang baki daripada minyak hitam servis kereta.Korang letak di tengah-tengah kipas dan terbalikkan supaya minyak jadi rata.
7. Korang kena pusingkan bahagian kepala kipas tersebut hingga ia hilang bunyi bising.
8. Kemudian korang kena lap lebihan minyak sebelum korang pasang semula kipas okay.. Pastikan korang ikut kesemua langkah yang dikongsi ni tau !
Nak lebih faham, boleh tengok cara kat dalam video ni jugak yaa!
No comments:
Post a Comment