Zaman sekarang semuanya mudah dan pantas dengan adanya internet. Segala info, berita terkini hanya dihujung jari je. Korang “ Search “ je terus jumpa maklumat yang dinginkan.. Tapi, pernah tak maklumat carian korang gagal di laman internet , ataupun maklumat yang dicari itu langsung tidak berkaitan dengan carian korang ?
Jika berdepan dengan situasi ini, apa yang korang perlu lakukan adalah : Kena tahu “Keypoint “ Korang !
1) Pastikan “ Keypoint “ carian itu berkait rapat dengan sesuatu info yang korang inginkan.
2) Tapi kata kunci saja hokay! Tak perlu taip panjang-panjang tau.. Apa yang penting adalah KATA KUNCI.
Pastikan carian korang berserta tanda petikan
Adakah carian korang itu mengandungi perkataan yang spesifik sahaja ? Jika ya, Pastikan korang letak tanda petikan pada Keypoint untuk mendapat carian yang tepat.
Contoh : “ bipolar “
Carian yang menggunakan BOOLEAN (or/and/not )
Mesti ramai yang tak tahu apa itu Boolean .. Kalau korang nak tahu, Boolean itu membolehkan korang gabungkan perkaataan dengan menggunakan (OR/AND/NOT )
Korang kena guna perkataan atau symbol ketika carian , contohnya :
1) Spaghetti DAN Carbonara, Carbonara+Cake
2) Spaghetti ATAU Carbonara
3) Korang guna perkataan atau symbol ( bukan,not,- ) Maksudnya, korang membuang hasil carian dengan mengecualikan isitlah atau perkataan tertentu. Contoh, Oregon BUKAN Travel..
Haa kat atas ni semua antara cara yang korang boleh cuba sekiranya maklumat atau info yang korang cari tu tidak cukup memberangsangkan atau langsung tiada dalam internet!
No comments:
Post a Comment