Monday, January 7, 2019

Beli Insurans Motosikal Melalui Atas Talian? Wow, Menariknya!

beli insurans motosikal melalui atas talian? wow, menariknya!
  • Penunggang motosikal kini boleh membeli insurans motosikal dan membaharui cukai jalan melalui portal insurans Loanstreet  Loanstreet.com.my/insurance/motorcycle-insurance
  • Portal insurans Loanstreet dikuasakan oleh syarikat teknologi kewangan (FinTech), Finology Sdn Bhd
Kuala Lumpur, Malaysia – Loanstreet.com.my, peneraju utama produk-produk kewangan peribadi dan laman web perbandingan di Malaysia, telah melancarkan perkhidmatan agensi insurans atas talian yang pantas dan mudah kepada pelanggan untuk membuat pembelian insurans motosikal serta memperbaharui cukai jalan.
Usaha ini bertujuan untuk mengatasi kadar perlindungan insurans motosikal yang rendah di Malaysia. Kaji selidik terkini oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan sehingga 30 Jun, 2017, jumlah kenderaan yang berdaftar atas jalan raya melebihi 28 juta unit. Daripada jumlah tersebut, 45% adalah motosikal dan sejumlah besar motosikal dianggarkan tidak mempunyai insurans.
Menurut kertas kajian yang diterbitkan di Malaysia oleh IATSS Research pada Julai 2012, Malaysia mencatatkan risiko kadar kematian jalan raya tertinggi (per 100,000 populasi) dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, dengan lebih daripada 50% kematian jalan raya melibatkan motosikal. Kajian ini menganalisa data yang diperoleh daripada polis, pihak berkuasa kerajaan dan juga kajian oleh institusi-institusi tempatan dan antarabangsa. Analisa mendapati bahawa 89% kematian jalan raya motosikal adalah melibatkan penunggang, dimana 22.5% daripadanya berumur dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun. Walaupun kematian kemalangan motosikal tinggi melibatkan pelanggaran dengan kereta sebanyak 28%, pelanggaran dengan motosikal lain turut menyumbang sebanyak 25% serta kecuaian sendiri sebanyak 25%.
Jared Lim, Pengarah Urusan Loanstreet, berkongsi sebab – sebab beliau melancarkan perkhidmatan baru insurans atas talian, “Kita mahu memastikan bahawa jumlah motosikal yang tidak mempunyai insurans atas jalan raya berkurang dengan memberi perkhidmatan insurans atas talian yang pantas dan mudah”.
3 cara mudah menggunakan Portal Loanstreet Insurance secara atas talian,
Langkah 1 – Masukkan nombor kenderaan dan butiran peribadi
Langkah 2 – Setuju dengan harga dan buat pembayaran
Langkah 3 – Terima Nota Perlindungan (cover note) melalui emel
Jared juga melihat keperluan memperbaharui cukai jalan yang boleh didapati di platform ini. Beliau menambah “Cukai jalan kadang-kala mudah terlupa dan terabai namun amat diperlukan, jadi kami menambah perkhidmatan cukai jalan atas talian sebagai pelengkap kepada insurans motosikal”.
Finology Sdn Bhd (Finology), syarikat FinTech Malaysia merupakan pembekal teknologi disebalik perkhidmatan ini yang memastikan pangkalan sistem-sistem berintegrasi dengan lancar untuk membolehkan sebut harga dan pembelian insurans secara atas talian. Finology telah berkecimpung dalam Teknologi Insurans (InsurTech) selama lebih dua tahun, membolehkan beberapa syarikat insurans  dan wakil untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Loanstreet bercadang untuk memberikan khidmat perbandingan pelan insurans dan kadar untuk membantu pelanggan membuat penilaian terbaik yang mampu memenuhi keperluan mereka.
Syarikat insurans pertama yang menyertai Loanstreet dan menawarkan insurans motor adalah Zurich Genaral Insurance Malaysia Berhad (Zurich). Junior Chom, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurus Pemasaran Insurans Am dan Takaful Zurich Malaysia memuji perkhidmatan insurans atas talian ini. Beliau berkata “Di Zurich, kami mengalukan langkah inovatif untuk membantu rakyat Malaysia agar sentiasa dilindungi semasa di atas jalan raya ataupun tidak. Kami percaya Portal Insurans Loanstreet akan memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan.”
Lebih lanjut berkenaan Loanstreet dan produk-produk insurans yang ditawarkan, layari https://loanstreet.com.my
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
About Finology
Finology is a FinTech & InsurTech company that specialises in providing technology solutions to businesses in Asia Pacific. Finology's business offerings include suites of ready technology solutions for clients in the banking, property and insurance sectors.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
For further information, please contact:
Paul Sykes
Finology Media Relations Manager
Tel: +60147143767

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...