Sumber: PanduanPercuma
Kita kalau nak tidur mesti kena bertemankan dengan bantal. Kekadang kalau tidur tak ada bantal memang tak selesa dan susah nak lelapkan mata. Ada yang memerlukan lebih dari satu bantal baru boleh tidur. Tetapi rahsia disebalik bantal yang kita gunakan untuk tidur ada pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan seseorang.
1. Memeluk bantal
Mereka ni berjiwa seni dan mempunyai penghargaan yang tinggi lukisan muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2. Menggunakan banyak bantal
Mereka ni seorang yang kurang keyakinan dan memerlukan banyak pendamping. Jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3. Tidur dengan satu bantal
Bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4. Meletakkan bantal di bawah kaki
Mempunyai sifat kurang baik. Seorang yang jarang bergaul dengan orang ramai. Boleh dikatakan seorang yang egois. Selain itu, mereka suka tempuh jalan yang pintas untuk capai cita-cita dan tidak suka berusaha lebih.
5. Tidur tanpa bantal
Memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akirnya membawa kepada sifat ego.
Jadi berdasarkan kelima-lima ini, anda tergolong dalam yang mana dan betulkah menggambarkan perwatakan anda?
No comments:
Post a Comment