Wednesday, January 2, 2019

Susah Bangun Pagi Ke? Try 5 Cara Ni Jom!

susah bangun pagi ke? try 5 cara ni jom!
Kebanyakkan dari kita mesti tergolong dalam kalangan yang susah bangun pagi kan? Kekadang tu, dah tidur awal pun tetap rasa berat nak bangun pagi. Bila bangun pagi pun susah, pergi kerja selalu lewat. Stress kan!
Tapi jangan risau, cuba amalkan 5 cara ni, mungkin korang akan senang nak bangun pagi.
1.    “Sesi Gelap” 10-30 minit sebelum tidur
Matikan telefon, TV dan semua lampus elama 10-30 minit sebelum masuk tidur. Duduk dekat sofa dan nikmati kegelapan macam dalam gua. Cara meditasi ni bantu kita untuk tidur lena dan mudah untuk bangun awal pagi.

2.    Bilik tidur gelap
Perasan tak, tiap kali kalau kita tidur dekat hotel, senang je nak dapat tidur yang lena kan? Sebab hotel gunakan langsir yang gelap. So, kesimpulannya tidur dalam bilik yang gelap mampu buat kita tidur lena dan takde masalah nak bangun pagi.

3.    Jauhkan gadjet dari tempat tidur
Tiap kali nak tidur je mesti sibuk duk belek telefon. Busy sangat dengan Whatsapp, Twitter dan Instagram. Disiplinkan diri kita sikit letak gadjet jauh-jauh sebelum nak tidur tu.

4.    Bersenam setiap pagi
Tahukah korang yang bersenam waktu pagi mampu berikan korang semangat luar biasa sepanjang hari? Jika korang selalu rasa penat, bersenam okay!

5.    Sentiasa berfikiran positif sebelum tidur
Kosongkan fikiran kita dan sentiasa berfikiran positif jika nak dapat tidur yang lena dan senang nak bangun pagi. Walau besar mana pun masalh kita, jangan bawa sampai ke tempat tidur yee.

So, ni 5 cara kalau nak senang bangun pagi, mula amalkan dari sekarang tau! Takde lah lewat pergi kerja atau sekolah dah. Hehehe
susah bangun pagi ke? try 5 cara ni jom!
Sumber: Hanasuva 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...