Saturday, February 23, 2019

Hilangkan Ketuat Di Rumah Dengan Hanya Menggunakan Cuka Epal

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
[Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat]:
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
Apple Cider Vinegar
Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar dibawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal😉
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
  • Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat)
  • Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster 
  • Biarkan semalaman
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
  • Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka

Hari Ketiga:

  • Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
Kelihatan ketuat dah mati.
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal
hilangkan ketuat di rumah dengan hanya menggunakan cuka epal

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...