BAHASA DOKTOR GIGI
Siapa yang pernah pergi ke klinik gigi? Tentu ramai di antara anda yang mempunyai pengalaman pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan pergigian kan?
Kalau anda perasan, semasa gigi anda diperiksa oleh doktor gigi, akan ada kod yang dibacakan oleh doktor tersebut sambil mata mereka memeriksa gigi anda dan akan dicatat pada kad rawatan oleh pembantu doktor yang setia berdiri di sebelah.
Pernah tak anda terfikir apa maksud kod-kod yang dibacakan oleh doktor tersebut?
Kalau ada di antara anda yang tahu, baguslah.
Tapi mungkin masih ramai juga di antara anda yang belum tahu kan? Jom hari ini saya kongsikan serba sedikit apa maksud kod-kod yang dibacakan oleh doktor gigi semasa mereka memeriksa gigi anda.
Ini adalah antara kod yang sering disebut:
1️⃣ Sound = Gigi sihat/ dalam keadaan baik
2️⃣ Karies = Gigi berlubang dan perlukan rawatan tampalan
3️⃣ Missing = Gigi hilang/ gigi telah dicabut
4️⃣ Extraction = Gigi rosak yang perlu dicabut
5️⃣ Filling = Gigi yang telah ditampal
Sebenarnya masih banyak kod-kod lain yang digunakan oleh doktor gigi bergantung kepada keadaan gigi anda, namun apa yang saya kongsikan di atas adalah kod-kod asas yang sering doktor gunakan untuk menggambarkan keadaan gigi anda secara keseluruhan.
Jadi jika anda mendapatkan pemeriksaan gigi di klinik dan banyak dengar doktor gigi sebut perkataan “SOUND”, bermakna gigi anda banyak yang sihat dan berada dalam keadaan yang baik.
Jangan lupa dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian berhampiran anda sekurang-kurangnya setahun sekali ya?
Semoga bermanfaat!
Kredit Mohd Khairul Izwan. Foto Google.
No comments:
Post a Comment