Monday, April 8, 2019

Hati - Hati, Korang Boleh Kena Serangan Siber Kalau Selalu Tengok Filem Online

Jika anda gemar menonton rancangan TV popular secara atas talian melalui cara haram, anda berpotensi untuk menjadi mangsa serangan siber.
awas! serangan siber boleh jadi melalui rancangan yang kita tonton atas talian
Menurut laporan oleh syarikat anti-virus, Kaspersky, serangan jenis malware boleh terjadi sekiranya anda menonton rancangan TV popular melalui laman sesawang yang tidak sah. Malware ini boleh dimuat turun tanpa kita sedari ketika kita sedang leka menonton rancangan tersebut, menyebabkan data peribadi kita boleh terdedah.
awas! serangan siber boleh jadi melalui rancangan yang kita tonton atas talian
Pada tahun 2018, siri rancangan Game of Thrones telah menyumbang sebanyak 17% serangan, dengan 20,934 laporan, diikuti The Walking Dead (18,794) dan Arrow (12,163) seluruh dunia.
awas! serangan siber boleh jadi melalui rancangan yang kita tonton atas talian
Serangan siber ini kebiasaanya terjadi pada episod pertama dan episod akhir rancangan yang ditonton secara haram secara atas talian.
Justeru, bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa serangan siber ini, pastikan anda menonton siri Game of Thrones musim pertama hingga ke-7 di saluran Astro HBO dan Astro Go , serta jangan lepaskan peluang menonton final season musim ke-8 secara ekslusif pada 15 April ini. Klik sini untuk maklumat lanjut!

Sumber: Kaspersky 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...