Monday, July 29, 2019

Hati - Hati, Cara Goreng Kentang Boleh Menyebabkan Kanser

Kredit gambar utama: Pexels
Kentang bertunas tidak elok untuk dimakan kerana telah bertukar menjadi makanan bertoksik. Kentang juga perlu dimasak dengan cara tertentu kerana kesilapan dalam penyediaan boleh menjadi penyebab kanser.
Info penting ini telah dikongsikan oleh Saintis Pricipal dari MARDI, Dr. Suri Roowi, seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita.

#1 Ubi kentang yang bertukar hijau itu sudah beracun.

saintis dedah cara salah goreng kentang yang jadi penyebab kanser
saintis dedah cara salah goreng kentang yang jadi penyebab kanser
Menurut Dr. Suri, ubi kentang yang berubah warna itu mempunyai racun dan toksik. Mana-mana bahagian kentang yang berubah hijau itu mempunyai glycoalkaloid, yang bertindak membantu melindungi kentang dari serangga dan serangan kulat.

#2 Goreng kentang pada suhu tinggi punca kanser

saintis dedah cara salah goreng kentang yang jadi penyebab kanser
Terdapat bahan toksik dalam kentang yang dikenali sebagai acrylamide sekiranya kentang digoreng pada suhu yang tinggi. Bahan ini menjadi punca kepada kanser. Ini bermakna, sekiranya kita menggoreng kentang dalam tempoh masa yang lama, kuantiti acrylamide dalam kentang boleh wujud, seterusnya menyebabkan kanser jika dimakan.
Antara cara untuk mengurangkan kandungan acrylamide dalam kentang termasuklah:
#1 Ambil kentang, rendam dalam larutan cuka.
#2 Gunakan limau kasturi dan celup kentang dalam perahan limau
#3 Tambahkan vitamin C dalam kentang.
Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...