Monday, September 30, 2019

2 x BACKHAND SMASH | Kento Momota vs Lee Zii Jia Best Rallies | 27 Sept 19

Pemain nombor satu dunia, Kento Momota terus kaku, beku dan terkedu melihat backhand smash atau pukulan kilas kilas yang sangat pantas lagi padu daripada pemain perseorangan harapan Malaysia, Lee Zii Jia.
Pukulan kilas super padu Lee Zii Jia itu dilakukan dalam perlawanan diperingkat suku akhir Terbuka Korea 2019 yang nyata tidak dijangkakan oleh Kento Momomat yang terus mati langkah untuk mengambil pukulan itu.
Sungguh pantas gerak langkah serta gerak badan Zii Jia yang melompat dan berpusing melakukan pukulan kilas yang sukar dan hampir pasti tidak mampu dibaca lawan.
Dua kali Momota terkena pukulan kilas ini, namun Lee Zii Jia tewas 15-21, 19-21 kepada Kento Momota dan kandas diseparuh akhir selepas mempamerkan aksi yang menarik.
Seperti dipetik daripada laporan Berita Harian, Zii Jia mengakui bahawa pukulan itu bukan satu kebetulan tetap hasil latihan sejak kecil seperti yang dilakukan lagenda badminton dunia, Taufik Hidayat.
"Memang sejak kecil lagi saya sudah mula berlatih untuk buat pukulan seperti itu. Saya kerap menyaksikan pukulan kilas yang dilakukan Taufik Hidayat (legenda badminton Indonesia)."
"Jadi, apabila ada peluang dalam perlawanan saya akan melakukannya."
Pemain berusia 21 tahun ini merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja 2016. Adakah Zii Jia bakal menjadi raja backhand smash yang baru?
Nama : Lee Zii Jia
Tarikh Lahir : 29 Mac 1998
Umur : 21 tahun
Tinggi : 1.85 m (6 ft 1 in)
Negara : Malaysia
Negeri : Alor Setar, Kedah
Rangking Dunia : 16

https://www.facebook.com/TeamMalaysia/videos/1113499078845619/

Taufik Hidayat Raja Backhand Smash Tunggal

Wajahnya ayu dan lembut dengan tubuh kecik molek yang manis tatkala bila tersenyum dan itulah pemain badminton lagenda dunia dari Indonesia, Saudara Taufik Hidayat.
Pemain Indonesia sememangnya terkenal dengan pukulan smash kencang yang mampu meruntuhkan Gunung Everest dan keunikan yang ada pada Taufik Hidayat adalah backhand smashnya.
Keunikan backhand smash yang padu ini tiada pada mana-mana pemain badminton yang lain. Taufik Hidayat memegang rekod backhand smash dengan kelajuan 260km/s.
Taufik Hidayat menyifatkan backhand smashnya merupakan anugerah tuhan dan sukar untuk dilatih jika tidak bermula dari seawal yang muda kerana beberapa faktor.
Ramai pemain mampu melakukan backhand smash ini tetapi tidak mampu mengekalkan konsistensi, kepantasan seperti Taufik yang dapat melakukannya dalam apa jua situasi dan sudut.
Untuk menjadi pemain handalan dunia dan juara, Taufik berpendapat seseorang pemain memerlukan jurus yang menjadi senjata utama dan cap dagang.
Selain itu Taufik Hidayat juga terkenal dengan drop shot dan permainan jaring yang mengagumkan. Taufik juga telah meraih pelbagai kejuaraan utama dunia.
Pencapaian Utama
Olimpik - Pingat Emas (2004)
Kejuaraan Dunia - Juara (2005)
Asian Games - Emas (1998, 2002, 2006)
Piala Thomas - Juara (2000, 2002)
Kejuaraan Asia - Juara (2000, 2004, 2007)
SEA Games - Emas (1999, 2007)

Profil
Nama: Taufik Hidayat
TTL: Bandung, 10 Agustus 1981
Tinggi badan: 176 cm
Istri: Ami Gumelar
Ayah: H. Aries Haris
Ibu: Hj. Enok Dartilah
Klub: SGS Elektrik Bandung

Kredit 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...