Ketika musim kemarau atau jerebu, kita sering mendengar tentang operasi pembenihan awan yang akan dijalankan bagi menghasilkan hujan.
Namun apakah sebenarnya cara dan bagaimana proses pembenihan awan ini dibuat?
1. Pembenihan awan merupakan satu cara pengolahan cuaca melalui awan dengan menyebarkan bahan tertentu di udara.
2. Bahan kimia yang digunakan seperti argentum iodida, kalium iodida dan ais kering digunakan sebagai nukleus ais yang merubah proses mikrofizik dalam awan tersebut.
3. Terdapat dua cara yang sering dilakukan bagi proses pembenihan awan, iaitu menggunakan roket/pesawat dan melalui penjanaan di darat.
Untuk mengatasi masalah jerebu kali ini, Operasi Pembenihan Awan (OPA) Met Malaysia telah melarutkan 800 kg garam bersama 4,800 liter air dalam empat tong berkapasiti 1,500 liter setiap satu.
Kesemua tong berkenaan dibawa menggunakan pesawat TUDM C-130 dan larutan berkeaan dilepaskan kedalam awan jenis kumulus menara.
Setakat jam 10 pagi tadi, jerebu dibeberapa kawasan dilihat semakin berkurangan, namun masih lagi berada pada tahap tidak sihat.
Sumber: Awani
No comments:
Post a Comment