Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose telah berkongsi gambaran jelas mengenai perbandingan terhadap anak-anak.
Menurut beliau, setiap anak-anak mempunyai rezeki tersendiri dan kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya membuat perbandingan terhadap mereka.
Jika anak sudah mula belajar merangkak dan bergayut, itu adalah satu petanda yang baik. Janganlah pula dimarahi anak yang tidak boleh bercakap seawal usia bawah dua tahun, cukup sekadar memastikan pendengarannya okay, rahangnya dan lidahnya juga elok.
Namun sekiranya masih tidak boleh bertutur seawal usia 2.5 tahun dan keatas, seeloknya dibawa berjumpa pakar bagi tujuan pemeriksaan.
Tambah Ibu Rose lagi, janganlah membandingkan anak dengan anak orang lain atau adik beradiknya kerana ia akan membuatkan anak bertambah stress.
Didiklah anak dengan sabar dan jangan dimarahi mereka, kerana setiap anak itu membawa rezeki mereka yang tersendiri.
Sumber: Ibu Rose
No comments:
Post a Comment