Tabiat mengorek telinga boleh mendatang keburukan kepada deria pendengaran anda, tidak kira menggunakan putik kapas atau pun pengorek besi kerana ini akan membuat tahi telinga tertolak dan menutupi gegendang telinga.
Satu perkongsian yang dibuat Dr. Ezairy yang merupakan doktor pakar telinga, hidung dan tekak melalui laman Facebooknya, beliau menyatakan beberapa tips mengenai penjagaan telinga kita.
1. Bersihkan telinga menggunakan kain yang bersih setiap kali selepas mandi, cukup sekadar di cuping telinga sahaja.
2. Elakkan air memasuki rongga telinga kerana ini boleh membuatkan gegendang telinga anda bocor.
3. Jika telinga anda gatal, tekan pada luar kawasan telinga ataupun ‘Tragal Area’ untuk mengurangkan rasa kurang selesa.
4. Jangan mengorek dalam telinga tidak kira menggunakan besi ataupun putik kapas.
5. Jika telinga makin tidak selesa, janga terus membeli ubat titis dari farmasi. Sebaiknya anda terus berjumpa dengan doktor.
No comments:
Post a Comment