Saturday, March 28, 2020

AS Kini Menjadi Negara Paling Ramai Positif COVID-19, Mengatasi China Dan Itali

Bilangan kes positif wabak COVID-19 di Amerika Syarikat telah mengatasi China dan Itali. Amerika Syarikat memecah rekod negara paling ramai kes positif COVID-19 di dunia.
AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.
New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas dengan jangkitan COVID-19.
as kini menjadi negara paling ramai positif covid-19, mengatasi china dan itali
Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes.
China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan baharu jangkitan COVID-19 dan hanya mempunyai pertambahan kes import.
Namun, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa.
Ini diikuti dengan negara Sepanyol dengan jumlah 4,154 kes, manakala China 3,169 kes.
as kini menjadi negara paling ramai positif covid-19, mengatasi china dan itali
Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes positif COVD-19 dan 23,709 kes kematian.
Bagaimanapun, terdapat 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Pandemik COVID-19 kini telah menular di 175 negara setakat ini.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...