Saturday, April 4, 2020

15 Fakta Mengenai Autism

15 fakta mengenai autism
Masyarakat sekarang semakin sedar dan faham tentang autism. Ia adalah sebuah penyakit yang secara dasarnya disebabkan oleh faktor genetik. Autism atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan ketidakupayaan yang menyerang sesetengah kanak-kanak membuatkan mereka mempunyai kesukaran dalam memepelajari kebolehan bersosial, pertuturan dan komunikasi bukan verbal. Telah banyak kajian yang dibuat dan kebanyakan kanak-kanak autism dapat menjalani kehidupan yang normal apabila mereka besar. Berikut adalah beberap[a fakta mengenai autism.
  1. ASD sekarang menyerang seorang daripada 68 kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki mempunyai risiko 5 kali ganda untuk didagnos sebagai autistik daripada kanak-kanak perempuan.
  2. ASD adalah antara gangguan perkembangan kanak-kanak yang semakin banyak di Amerika Syarikat.
  3. Vaksinasi TIDAK menyebabkan autism
  4. Gangguan autism ini tidak mengenal kewarganegaraan, bangsa, agama, mahupun jantina. Semua orang mempunyai risiko untuk mengalami autism ini.
  5. Penghidap ASD ini pada kebiasaannya menunjukkan simptom seawal umur kurang daripada 3 tahun.
  6. Semakin awal ASD dikesan dan dirawat, semakin besar peluang untuk kanak-kanak tersebut menjalani kehidupan yang normal dan sihat.
  7. Intervensi dan rawatan yang awal menunjukkan kesan positif kepada penghidap ASD. Rawatan awal tersebut perlulah dikhususkan mengikut keperluan setiap individu dan bentuk pembelajaran.
  8. Pada masa sekarang ini tiada pengesan secara medikal yang khusus untuk mengesan ASD dan ianya tiada penawar.
  9. Tingkah laku dan pelakuan ibu bapa sebelum, semasa dan selepas mengandung tidak mempengaruhi kanak-kanak untuk mendapatkan autism.
  10. Individu yang menghidapi autism mempunyai kekurangan dari segi kebolehan berkomunikasi. Ketika berinteraksi dengan penghidap autism kita perlu membezakan antara pertuturan bahasa dan komunikasi sosial.
  11. ASD bukanlah penyakit degeneratif. Pesakit tidak semestinya bertambah teruk semakin mereka membesar. Pesakit ASD boleh berkembang dengan lebih positif sekiranya diberikan pendedahan dan rawatan yang betul.
  12. Sekiranya kanak-kanak autism tidak boleh bercakap pada umur 4 tahun, tidak semestinya mereka tidak akan pandai bercakap selamanya.  Bantuan secara professional dan khusus boleh menolong mereka mengasah kebolehan untuk bertutur.
  13. Kanak-kanak atau dewasa yang mempunyai autism mempunyai perasaan kasih dan sayang akan sesuatu tetapi pada kebiasaannya tidak tahu bagaimana untuk menzahikannya kepada pelakuan yang kita faham. Kebanyakan pesakit ingin dan suka untuk bersosial tetapi tidak tahu bagaimana.
  14. Pesakit autism berkemungkinan untuk memperolehi kebolehan hyperlexia iaitu kebolehan untuk membaca yang lebih hebat daripada undividu yang sama umur dengannya.
  15. Individu yang mempunyai ASd mungkin mempunyai kelebihan dari segi kreativiti dan menunjukkan minat dalam karya-karya seni seperti muzik, lukisan, nyanyian dan tarian.
Sumber: Massachusetts General Hospital

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...