Rasanya ramai je orang yang tak selesa memandu ketika hujan lebat. Bahkan, sanggup tunggu hujan sudah reda baru berani nak mulakan perjalanan. Bukan apa, ini kerana penglihatan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta akan mengaburi pandangan.
Bila hujan dah terlampau lebat, penggunaan wiper masih tidak membantu akibat getah pada wiper yang cepat kembang dan rosak. Jadi, apa yang patut anda lakukan?
Haaaaa, ini ada beberapa tips penjagaan wiper kereta supaya boleh tahan lebih lama dan tidak cepat rosak!
1. Elak guna wiper waktu kering
Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah. Jadi bila kita terguna wiper pada waktu kering, wiper akan haus lebih cepat. Bila ada habuk & kotoran kat cermin depan, pastikan anda guna pancuran air untuk basahkan cermin dulu.
2. Rajin bersihkan wiper
Elakkan pengumpulan kotoran dekat bawah bilah wiper dengan cara lap menggunakan kain lembap sebab takut calar windscreen nanti. Anda kena buat ini setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda ingin mencuci kereta.
3. Pastikan cermin kereta bersih
Kalau anda suka guna pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen minyak, sila ambil perhatian ya! Ini kerana air untuk mengelap cermin itu jarang ditukar. Maknanya, mungkin anda akan menggunakan air yang kotor untuk lap cermin kereta.
4. Pastikan pengelap cermin dipasang dengan sempurna
Bagi anda yang selalu tukar wiper, pastikan pengelap cermin anda dipasang dengan kemas ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru kat bawah. Pengelap cermin anda itu tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.
5. Ganti atau tukar bilah wiper apabila sudah tiba masanya
Kalau boleh sila tukar bilah wiper setiap 6 bulan. Kalau anda nampak wiper sudah merekah, kering ataupun terbelah, itu menandakan wiper anda perlu ditukar.
Okay lepas ni dah boleh cuba tips ini.
Sumber: Twitter
No comments:
Post a Comment