Showing posts with label Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Kelakar. Show all posts

Monday, March 10, 2014

"Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang"


"Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang," keluh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dengan wajah merah padam menahan malu. 

Remaja 19 tahun itu ditahan dalam satu operasi membanteras samseng jalanan di Stulang Laut, Johor Bahru awal pagi tadi. Kira-kira jam 3 pagi tadi, remaja bermotosikal itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan ketika ditahan didapati seorang remaja perempuan lengkap bertudung membonceng bersamanya.

Selepas dibawa ke Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, remaja perempuan berkali-kali disoal anggota trafik akan nama serta dminta ditunjukkan kad pengenalannya untuk diperiksa. "Adik, nama siapa? Cuba cakap nama. Keluarkan kad pengenalan," pinta seorang anggota polis trafik kepada remaja perempuan itu namun gadis itu hanya menundukkan wajahnya, diam seribu bahasa.

Putus asa dengan tindakan gadis itu mendiamkan diri, anggota polis itu beredar dan seorang lagi anggota menghampirinya bagi mendapatkan kad pengenalan gadis itu. Dia terus berdiam. Langsung tidak diangkatnya wajahnya. Tudung dipakai kemas bersama blouse berlengan pendek dipadankan dengan skirt panjang. Manis gadis ini kata aku. Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka. Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya.

Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku. 

Sejam kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 40an tiba di perkarangan cawangan trafik IPD Johor Bahru Selatan ini. Aku terlihat dia menghampiri seorang anggota Rela. "Anak aku kena tahanlah," katanya kepada anggota Rela itu. Difahamkan, anggota Rela itu berjiran dengan lelaki itu. "Mana ada anak kau. Bukan aku tak kenal semua anak kau. Mana ada. Kalau dia kena tahan mesti aku tahu," sambut anggota Rela itu.

Aku terus beredar kerana ia satu pandangan biasa setiap kali operasi terhadap mat rempit dilakukan. Mulalah balai trafik dikerumuni ibubapa mencari anak-anak mereka. Tak lama kemudian, terdengar jeritan suara lelaki seperti dalam kemarahan.

"Apa kau nak jadik ni? Bukak semua ni. Bukak. Kalau tahu mak kau, nahas kau. Bukak!" terdengar jeritan seorang lelaki.

Bila dijenguk, rupa-rupanya lelaki tadi yang datang ke balai mencari anaknya sedang merentap tudung seorang gadis. Aku lihat semua mata tertumpu kepadanya.

Bila didekati, rupanya lelaki itu sudah menemui anaknya. Tetapi anaknya adalah lelaki. Yang ditemui, anaknya berpakaian seperti wanita. Siap bertudung. 

"Umur dia 17 tahun, dah berhenti sekolah, kerja kat car wash," jelas lelaki itu. Sebaik ditarik tudung anaknya itu, kelihatan anak tudung hitam. "Ini anak tudung mak kau. Nahas kau kalau mak kau tahu ni," terdengar jelas kekecewaan si bapa itu.

Semua yang berada di perkarangan balai itu terutama penunggang motosikal yang sudah ditahan ternganga seketika menonton drama kehidupan ini. Seketika kemudian ada yang tak dapat menahan ketawa namun ditegur anggota sukarelawan polis. 

"Dia ni encik, sejak dua tiga bulan lepas ni, asyik bercampur dengan pondan. Dulu tak macam ni. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Ini tudung mak dia," kata bapa remaja ini.

Remaja yang menunggang motosikal bersama budak ini dipanggil. Merah padam mukanya. Terbeliak matanya seperti baru melihat hantu. Tak lekang matanya ke arah remaja yang dibawanya sebelum ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis trafik. Tak tahu pandangannya itu geram marah atau geram sebab sudah dibuka 'aurat' 'aweknya' itu. Tak tahulah. 

"Saya tak tahu dia lelaki kak, dah tiga kali saya keluar dengan dia," keluh remaja itu kepada seorang anggota sukarelawan polis wanita.

"Takkanlah awak tak tahu sebab dia kan naik motor dengan awak," tanya seorang anggota polis. Terdiam si remaja itu. 

Dilihat pada 'gadis' itu, mungkin dia memperdaya 'teman lelakinya' kerana ternampak tali bra tersingkap sedikit di bahu 'gadis' itu. Mungkin ketika remaja lelaki itu membrek, terasalah pakaian dalam 'teman wanitanya' itu. Mungkinlah. 

"Patutlah bila saya telefon dia, suara dia berbisik macam cakap dalam kelambu," kata si remaja lelaki yang sudah ditipu bulat-bulat 'gadis' yang diminatinya. Lain tonasi dia. Bunyi macam kecewa ada, bunyi macam marah pun ada. Perasaan dia mungkin keliru masa tu. 

'Gadis' ini bagaimanapun tidak terus ditahan dan dibenarkan pulang bersama bapanya. Semua yang berada di balai menghantar keduanya dengan pandangan. Bukan untuk melihat sama ada 'gadis' itu melenggok. Tidak. Semua masih kehairanan. 

Manakala si lelaki yang membawa keluar 'gadis' ini terus dikerumuni penunggang motosikal lain yang turut ditahan. Ada yang agak berani sikit, ketawa terbahak bahak. Nasib baik si lelaki tu masih cool. 

Apapun, bagaimanalah agaknya tidur dia selepas ini. Bagaimana agaknya cara dia melihat wanita selepas ini. Macam manalah agaknya si remaja lelaki tu nak berdepan dengan kawan-kawannya selepas ini. "Bro, awek kau bertudung itu hari mana?"

Apa agaknya jawapan brader kita tu nanti. Kesian dia. Kita doakan dia mendapat jodoh dengan wanita sejati, segera.


Wednesday, January 29, 2014

Nasib baik gambar aku takde...

GF: "Baby, I nak tgk baju kat kedai tu jap, 5 minit je. U tunggu jap k."
BF: "Ok sayang, jgn lama2 tau, i gi isap rokok jap"


....2 jam kemudian.



















Tuesday, September 24, 2013

Korang nak prank kawan-kawan atau kehabisan kredit nak sms??


Korang nak prank kawan-kawan atau kehabisan kredit nak sms??
Cuba kat sini FREE SMS

Aku dah test menjadi 



Arahan:-

check betul2 tak masuk no,lepas 60,petak seterusnya jangan masukkan 0,contoh no korang 0172345678,cuma tulis 172345678


Selamat mencuba

Thursday, May 16, 2013

Surat Berhenti Kerja


(Lawak) Surat Berhenti Kerja

JULIANA BONUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur 
pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan……Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … … … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … … … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Saturday, October 15, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak terbayang andai kata anak dan bapa bertukar rupa. Mesti tampak pelik kan. Tampak lawak pun ada juga. Ni la kehebatan photoshop dan manupulasi foto. Jom tengok gambar apabila ayah dan anak bertukar muka. P/S: Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ibu dan ayah yang bertaqwa. Iman juga tidak dapat dijual beli, dari sesesorang yang berakhlak.






Manipulasi foto mampu membuatkan sesuatu perkara biasa menjadi luar biasa dan menakjubkan. Kali ini kami ingin kongsikan koleksi gambar bila ibu-bapa dan anak-anak mereka bertukar kepala. Koleksi ini diberi nama Kindskoepfe (“Grown Ups”) dan dihasilkan oleh Florian Schmucker, Paul Ripke, dan POP.

Status Facebook Ayam dan Lembu


Snippet — lembu: …hari-hari manusia minum susu, satu pun tak pernah panggil aku MAK..
Ayam: &@*%&@HSD(*E

Friday, September 2, 2011

Kentut pun ade faedah apebila di hidu. Sungguh Meloyakan. haha



Hahaha, Korang bace tajuk mesti ade rase nak tergelak kan? kan? tapi sebenarnye kentut mempunyai manfaat apabila di hidu. Pada Mulanya, Admin memang tak percaye tentang artikel yang di petik dari internet.
Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
P/S: lain kali kalau korang terbau kentut jangan la lari, sebab ia baik untuk kesihatan. Hahahaha tapi kalau aku memang dah larik sejauh yang munkin. Aku tak nak hidung aku menderita dengan bau kentut orang. Kalau kentut aku sendiri takpe la jugak.
SCDSK Blog - Hilang akal ke apa?

Sunday, August 14, 2011

Jika Mereka Menjadi Avatar…


 Jika Mereka Menjadi Avatar...
Baru-baru ini Ben Stiller telah ‘menjadi’ seorang Na’vi ketika menyampaikan trofi Oscars bagi anugerah Best Make-Up. FYI, Na’vi adalah makhluk berekor yang berwarna biru dalam filem Avatar. Memang real make-up dia. Tapi macam mana pulak rupa selebriti Hollywood lain apabila mereka di dalam avatar mereka?
Rob’ert Pa’ttin’son4268259878 0aa660d78f o Jika Mereka Menjadi Avatar...
“I vant vlood !!”
Ti’ger W’oods4405920492 102aa69635 Jika Mereka Menjadi Avatar...
“You are Omaticaya now, you may make your bow from the wood of Home Tree. And you may choose a woman. Or you want many women?”
The Jok’er4336653328 a755d18020 Jika Mereka Menjadi Avatar...
“Here’s my card.”
Mi’chael Jack’son4331930666 39692cf7fc o Jika Mereka Menjadi Avatar...
Rest in peace Michael Jackson.
Harry Potter, Ron Weasley, dan Hermione Granger4374534649 d742df6ed3 Jika Mereka Menjadi Avatar...
“Expecto Patronum !”
Bru’ce L’ee4268259170 d516624a31 o Jika Mereka Menjadi Avatar...
“Waa ! Muka gua biru maa !”
Aang, the other Avatar4291809487 62d24abc42 Jika Mereka Menjadi Avatar...
Mula-mula keluar Avatar, aku ingat cerita Avatar ni punya filem. Damn.
Sumber : Flickr

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...