Sunday, October 2, 2011

Hukum MENGAJAK isteri menonton video lucah untuk belajar..


Baru -baru ni aku ada terbaca keratan akhbar tabloid mengenai entri tajuk di atas.jadi soalannya berbunyi begini




SOALAN :
'' saya hendak bertanya mengenai hukum mengajak isteri sendiri menonton video lucah.Tujuan mengajak isteri menonton hanya semata-mata untuk mempelajari tentang cara-cara melakukan seks.Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk merangsangkan nafsunya dulu sebelum kami ''bersama".Apakah pandangan ustad dari segi hukum agama?
                                                                                                daripada: Suami 


Jawapan untuk Masalah tuan:
        Hukumnya HARAM secara sepakat ulama walaupun niatnya baik.Ia di HARAMkan kerana 

Islam mengharamkan melihat aurat orang lain,terutamanya bahagian sulit.Nabi S.A.W. bersabda: "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain,dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain."Sudah tentu apabila melihat filem tersebut ,akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan tidak di izinkan oleh Islam pula.

Islam juga tidak mengalakkan si  suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya.Sebagaimana displin  seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda S.A.W..Jika demikian hukumnya,maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang Halal didalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam (hadis berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)


  • Terdapat cara lain untuk mempelajarinya ,iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
  • Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin  Islam dalam hubungan seks.Justeru,meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
  • DIbimbangi si Suami atau Isteri akan terbayangkan pasangan pelakon didalam filem lucah tersebut.Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
  • Kesimpulannya diharamkan menggunakan filem lucah samaada menaikkan syahwat Suami/Isteri mahupun sebagai pengajian.
  1. contoh-contoh aksi yang tidak patut dilakukan semasa SEKS yang dilakonkan oleh pelakon lucah untuk diikuti adalah seperti berikut:
  2. Aksi Melalui pintu belakang yakni dubur
  3. Aksi Memancutkan Air mani ke dalam mulut Isteri,muka Isteri.
  4. Memukul Isteri semasa melakukan seks iaitu Cara Menganayai,yakni memukul.
  5. Dan banyak lagi aksi jijik yang tidak mahu saya sebutkan di sini.